Kitab Terfaktab : Nakal Tapi Halal Review

by 5/22/2012 10:21:00 AM 2 Pengkritik
Congratulations to #Terfaktab team on this second book, Nakal Tapi Halal
"Adakah Masih Ada Ruang?" "Ruang Untuk Saya Jadi Lebih Daripada Sekadar Sahabat" - The Bent Pencil (The Checkmate)

Bagi mereka yang baru nak kenal apa itu Terfaktab, nah definisi yang dicilok sepenuhnya daripada Kitab Terfaktab #2

Terfaktab, asimilasi perkataan "Fucked-up". Menerangkan tentang seseorang dalam "Stuck" atau "being Trouble" pada satu masa keadaan.

 "Manusia semakin cerdik bercinta. Dari hal sekecil-kecil cincin anniversary, hingga ke sebesar-besar mahligai katanya. Benda-benda indah dikongsi, benda-benda sedih dihayati. Engko jalan sini, engko jumpa yang baru. Engko jalan sana, engko jumpa yang lama. Cinta ini round-round situ jugak. Tapi, masalah engko ialah tak boleh nak cerna mana satu betul, mana satu salah. Mana satu yang besar, mana satu yang remeh" - Abstrak Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal.

If There's one joy, one love,
From which I never want to part,
It's you, my very special love,
my world, my life, my heart.

Nakal tapi Halal, Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya bernikah. Seronoknya lelaki dan perempuan mempunyai ikatan halal menjalinkan perjalanan cinta, dan ini yang teman ingin huraikan selepas habis membaca Kitab Terfaktab #2


4 adegan dalam 1 novel yang dibahagikan mengikut situasi permulaan, pertengahan, klimaks dan juga pengakhiran.

Adegan permulaan 

Menceritakan saat-saat pembinaan semula percintaan dalam diri dalam "Tindakan Selepas Clash", erti luahan rasa dalam "Confession", Antara cinta atau terdesak dalam "Rebound Relationship", Antara Cinta & Pengorbanan dalam "Cinta Tiga Segi" dan diakhiri dengan pilihan dalam "Kekeliruan".

Adegan Pertengahan

"Ex" are meant to be an "Example" diceritakan dalam "Kekasih Lama Kembali", diteruskan dengan penceritaan antara Komitmen dan kesetiaan dalam "Loyalti", sebelum mencari erti "Cinta" pada genre-nya. Kisah 2 rakan sepermainan chess dalam penentuan "The Checkmate" yang diakhiri bertepatan dengan tema Kitab Terfaktab kali ini, Nakal Tapi Halal, "Kawan Baik Menjadi Kekasih".

Adegan Klimaks

Adakah perlu untuk diceritakan atau tidak??? "Terlanjur" menceritakannya. Quiz untuk menguji "Should You Dump Your Teman Lelaki", permasalahan antara 2 jantina lelaki dan perempuan dalam "Ketidaksefahaman", minat atau sekadar ingin mencuba dalam "Flirt" dan diakhiri dengan 1 perasaan yang sentiasa ada dalam diri setiap manusia "Cemburu".

Adegan Pengakhiran

Memulakan adegan akhir dengan kisah nak kahwin atau nak jual anak dalam "Belanja Kahwin", perpisahan antara 2 insan yang bercinta dalam diari 8 hari "Break Up". Kembalinya Mak yang Gojes menjawab soalan² pembaca dalam "Soal Jawab Bersama Mak Yang Gojes". Antara hidup dan mati dalam "Mati Hidup Kembali/Cinta Lima Hari" dan diakhiri dengan tulisan santai menceriakan kembali keadaan yang suram dalam "99 Perkara Boleh Buat Selepas Kecewa".
---
--
-
Setiap adegan diselitkan dengan lukisan yang boleh membuatkan pembaca tersenyum dengan kisah Mat dan Nor dan juga Mark dan Sekeliling.

Diselitkan juga beberapa sesi temubual dengan Nadia Khan, Penulis Novel Kelabu dan juga Fadzil Zahari, Penulis Skrip Filem Bini-biniku Gengster. Dimuatkan juga Diskripsi Pengkarya yang menjadi tulang belakang dalam penulisan Kitab Terfaktab : Nakal Tapi Halal

Sekian, selamat membaca Kitab Terfaktab : Nakal Tapi Halal & selamat belajar erti cinta, kerana cinta itu, lebih manis bila ianya menjadi halal.

"Putus cinta adalah sebuah titik permulaan awak menjadi burung terbang bebas sebelum kembali ke sarang komitmen. Hargailah putus cinta itu sekali - sekala"

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

2 Pengkritik:

bukan penggoda said...

teruskan menyokong. thanks. :)

pepol said...

x sempat beli lagi novel ni..

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.