Wednesday, February 9, 2011

Jalan² Cari Makan D Bagan Lalang

Anda semua pernah pegi Bagan Lalang??? Pernah pegi Pantai Morib??? Dan lagi 1, pernah try makan seafood kat sana??? APA!!!! Belum???!!!!

Ni dia sedikit tatapan untuk lelehan anda semua... hahahaha... 

Sejenis siput sedut yang banyak terdapat di Sarawak... Umai kalau xsilap... Salah tolong betulkan yerr..
Haaaa... Ni baru 1 jenis lauk jer yang ditunjukkan... nak tengok lauk lain lagi yang telah aku, keluargaku dan pakcik n makcik ku makan pada malam tahun baru???


Sotong Goreng Madu if xsilap... Sedap Wooooo
Sup Ketam
Sup Ketam dari angle lain
Yaaa... itu baru lauk² seafood yang sedikit sebanyak kami makan la... jom tengok lak muka² orang kekenyangan makan... 

Muka pak usu, mak usu, cik hasni, wancik n opahku yang kekenyangan
2 orang adik beradik yang kenyang makan... Tengok adikku, siap nak hirup kuah atas pinggan lagi tuuu...
FYI, tempat kami makan ni terletak di penghujung... dan disepanjang tepi sungai di Bagan Lalang ni, terdapat dalam 3-4 buah restoran yang menyajikan makanan laut seperti diatas... Ini adalah kedai kedua yang ku makan... Tapi jangan risau, cubalah mana² kedai pun, coz lain restoran, lain cara masakannya dan rasanya... Restoran² makanan laut di Bagan Lalang ni terletak berhampiran dengan Palm Beach Resort yang di bina di Malaysia...

Suasana malam menghiasi diterangi lampu² Palm Beach Resort
Haaaa... itu baru 1 restoran... Jom kita terjah restoran lain pula. Tapi kali ini tiada aku dan adikku coz kami dah pulang ke Universiti masing² ketika ini...

Xtau kat mana mereka makan... Tapi kalau anda semua cam, ada papan tanda kat sebelah kiri... Mungkin itulah nama restorannya... hoho..
Dapat teka kat mana??? saya pun tak tau kat mana tempat tuuu... takperla... Kita beralih pula ke menu² pada malam itu yerrr... hahaha...

Kupang
Otak-otak
Kupang lagi kalau xsilap
Kailan Ikan Masin... Mana² kedai makan leh jumpa... yang wat masak goreng² la yerr...
Ikan bakar... Nyam³..
Ikan apa??? jangan tanya aku... bab nama² ikan ni memang aku fail... Tau ikan pari, ikan keli n ikan siakap jer.. hahaha... If Xsilap masakan ikan masak asam.
Ikan masak sweet sour...
Maka... dengan lauk terakhir yang dihidangkan untuk lelehan anda ini dapat membantu anda semua terliur serba sedikit... Kalau ada yang kelaparan tengok masakan dan makanan sedap² macam ni, apa lagi... Jom le makan!!! hahaha... Berjumpa lain kali kita di post akan datang untuk segmen jalan² cari makan...

Ada tempat makan menarik dari anda semua untuk dikongsi??? kongsi leeee... Selamat menjamu selera semua dengan tatapan gambar makanan di atas... Hahahahaha...

3 comments:

Tinggal² Kan Lah Komen... Sian kat hambe ni... Idok ade sesape nak komenye punnn...