Friday, March 2, 2018

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri - Bukan Sekadar Papan Iklan

Sponsor : GSC
Tarikh : 20 Februari 2017
Tayangan Sebenar : 22 Februari 2017
Lokasi : GSC 1 UTAMA
Genre : Crime / Drama
Rating : 4/5

Apa yang anda akan buat jika diberi 3 papan iklan?

Sinopsis

Mengisahkan Mildred, seorang ibu yang ternampak 3 papan iklan lama yang terbiar di sepanjang laluan ke bandar dan rumahnya. 

Dia cuba mencabar pihak berkuasa tempatan dengan membeli hak papan iklan demi percubaanya mencari jawapan siapa pembunuh anak perempuannya. Satu demi 1 kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan papan iklan tersebut.

Mampukah Mildred mencari jawapannya?? Mampukah dia mencari siapa pembunuh anak perempuannya?



Apakah pendapat saya tentang cerita ini?


Sekilah pandang tajuknya, pasti akan terasa bagai berat ni cerita dia, mesti tak best.

Tapi tunggu dan lihat serta baca!

Jalan cerita yang agak menarik, tak membosankan dan ketika saat cerita ini nampak membosankan, perjalanan ceritanya semakin membina membuatkan kita tertanya dan ingin tahu, apa yang dia nak buat seterusnya? Siapakah pembunuhnya?

Bak kata pepatah, jangan menilai buku dari lapik depannya sahaja. Itulah yang sesuai menggambarkan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri.

Tapi mereka yang tak minat cerita yang agak perlahan dan membina secara berperingkat, mungkin ini bukan untuk anda. Tetapi ianya satu wayang yang bagus untuk ditonton jiakalau anda berminat menyaksikan wayang dan cerita dari sudut yang lain dan berbeza.

4 comments:

  1. ramai kata best filem nih
    nak kena layan lah

    ReplyDelete
  2. antara movie yg wajib tonton. best gila

    ReplyDelete
  3. Ada terbaca review pasal filem ini.. macam menarik je untuk ditonton, tgu keluar dekat astro je

    ReplyDelete

Tinggal² Kan Lah Komen... Sian kat hambe ni... Idok ade sesape nak komenye punnn...