MATXI CORP : SELAMAT ULANGTAHUN KE-2!

by 9/29/2019 07:20:00 PM 0 Pengkritik
Sabtu, 21 September 2019 - Sambutan Ulangtahun Ke-2 #MATXICorp

Dengan tema #YouDeserveABetterLive, sambutan yang diadakan di Plenary Hall KLCC disambut dengan meriah sekali dan jayanya bersama persembahan yang mantap, diserikan lagi dengan anugerah untuk pengedar terbaik dan juga perjalanan majlis yang baik.

Terima kasih diucapkan kepada KOL dan MATXI CORP atas jemputan ke ulangtahun ke-2 mereka. Dengan tema Glory to Glory dan kehadiran tak kurang daripada 2000 pengedar merentasi 30 negara, sambutan ulangtahun ini bersempena dengan kemasukan secara rasminya mereka ke Malaysia dan seterusnya ke Korea dan Amerika Syarikat.

Matxi Corp juga mengumumkan perancangan strategik bersama pelaburan dari Malaysia dan memperkenalkan transformasi daripada Matxi S.G. yang berpusat di Vietnam kepada Matxi Corp dan seterusnya misi mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa.



Selain persembahan produk mereka, saya sempatla bergambar dengan produk keluaran mereka, dan oh ya, saya dapat 1 tau produk mereka, Tongkat Ali dan Gingseng yang sesuai untuk lelaki perut boroi macam saya.. Uhuk-uhuk.. Tersedak sekejap.

Kita sambung semula acara di majlis gilang-gemilang ini...

Tahukah anda... Malaysia akan menjadi tempat pemasaran ke-2 mereka selepas vietnam tau! Ini akan diteruskan dengan Korea dan Amerika Syarikat (USA).

Sambutan ini juga dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan tarian terkenal yang pernah menjuarai America's Got Talent.

Saksikan di klip dibawah

Pembukaan persembahan yang memukau seluruh dewan bertemakan "Welcome to Vietnam" menyerikan lagi majlis sambutan ulangtahun ke-2 Matxi Corp.

Selain itu, beberapa ucapan daripada wakil CEO setiap anak syarikat Matxi Corp juga diperkatakan.
Antaranya ucapan oleh Pengarah Syarikat Matxi Corp Vietnam, Ms. Nhung.
Ucapan aluan dan pembukaan oleh Ms. Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)
Ucapan dari CEO (Pengarah Urusan) Syarikat Matxi Corp Vietnam yang boleh dijadikan panduan bukan sahaja dalam perniagaan, tetapi dalam kehidupan juga!

"Dengan semangat dan konsisten, kita boleh berjaya dan mengubah hidup menuju ke arah yang lebih baik"

Padat dan mampat!

Selain itu, ucapan dari setiap wakit pengarah dari Malaysia, USA, dan Korea juga turut diperkatakan sepanjang majlis itu. Menandakan perkembangan syarikat yang ingin pergi lebih jauh.
Mr. Mathew James (Pengarah Pembangunan Pembangunan MIIC Holdings Sdn. bhd.)
Mr. Kenny Teoh (Pengarah Matxi Corp Malaysia)
Ms. Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)
Mr. Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea)
  Selain itu, turut berlangsungan juga penganugerahan kepada 18 pengedar terbaik, Diamond Award
Selain itu, turut ada persembahan pembukaan yang menggambarkan suasana kaum yang berbeza di Malaysia dan juga persembahan permbukaan dan diakhiri dengan nyanyian oleh penyanyi Than Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim.

Antara produk yang dipasarkan dan diedarkan untuk jualan oleh Matxi Corp
 
 

Satu majlis yang penuh kemeriahan, berakhir dengan penuh kegembiraan!

Jom kita tau serba sedikit tentang Matxi Corp since korang dah kenal diorang kan. Jom kita kenal lebih rapat lagi naaaa

Matxi Corp (Vietnam) atau sebelumnya dikenali dengan nama Matxi S.G, adalah anak syarikat MIIC Holding Sdn. Bhd.. Matxi Corp arif dengan latihan perniagaan, pembangunan sumber manusia, pertolongan individu dan perniagaan untuk membangunkan jualan yang memberangsangkan dengan lebih profesional dan teratur mengikut langkah dan pertolongan alatan yang sepatutnya.

Sepanjang 2 tahun operasi, banyak pencapaian dan kecemerlangan yang telah dicapai dan dikecapi dengan lebih 20,000 pengedar dan ejen (Jumlah ini sehingga Julai 2019).

Dengan slogan "You Deserve A Better Life", Matxi Corp berusaha untuk merialisasikan supaya hidup lebih baik dan lebih praktikal dengan produk dan servis mereka. Matxi Corp sentiasa melangkah untuk menjadikan setiap pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur menjadi keutamaan mereka.

Selain latihan perniagaan dan pembangunan, Matxi Corp juga mengfokuskan dalam beberapa bidan seperti dibawah :

- Hartahan
- Sistem retail kanak-kanak
- Pembungkusan dan percetakan
- Majlis dan event organisasi
- Pengilangan makanan berkhasiat dan kosmetik
- System restoran kulinari

Demi memperbaiki produk mereka untuk lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan, R&D diwujudkan untuk meneruskan kajian mereka.

Matxi Corp juga telah berkerjasama dengan menandatangani perjanjian stategik dengan pusat kajian dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan tak lupa juga Malaysia melalui pemindahan teknologi, kajian dan pengubahsuaian melalui pengurusan dan aliran operasi mengikut paiwaian antarabangsa.

Di Vietnam, pemilik Matxi Corp, Medino, sebuah kilang yang disahkan sebagai GMP, bertempat di Amata Industrial Park dengan keluasan kilang 7,000 m² persegi, mengkhususkan dalam pembuatan makanan kesihatan berguna, produk makanan dan kosmetik dengan kapasiti sekitar 1.5 juta produk sebulan.

Selain perniagaan, Matxi Corp juga sebuah syarikat yang menjalankan tanggujawab yang terbaik dengan komuniti sekitarnya. Merupakan pengasas program "You Deserve A Better Life", telah mengambil inisiatif pengurangan 10% keuntungan mereka untuk memudahkan dan mengurangkan beban ribuan penduduk di sekitar Vietnam. Selain itu, mereka juga menjalankan rumah amal dengan perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan orang tua di An Nhien Home.

Matxi Corp berterusan menjalankan tanggujawab sebagai salah 1 syarikat perintis yang menerajui inovasi untuk mecapai misi dan matlamat merka sebagai sebuah pasukan dan syarikat yang paling kuat dirantau ini dan seterusnya melebarkan sayapnya ke serata dunia menjelang 2019-20121.

Informasi Syarikat Matxi Corp Malaysia

Nama : Matxi Malaysia Sdn. Bhd. (1340975-W)
Facebook Rasmi : facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram Rasmi L @matxicorp

Terima kasih sekali lagi dan didoakan semoga maju jaya hendaknya!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.