RAMPAGE - Ujian Sains Yang Gagal

by 4/11/2018 09:35:00 PM 1 Pengkritik
Tiket Sponsor : WETIX
Tarikh : 10 MAC 2018
Tayangan Sebenar : 12 MAC 2018
Lokasi : GSC MIDVALLEY
Genre : AKSI
Rating : 3.5/5

Sinopsis Ringkas

Davis Okoye, seorang primatologist mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan George, seekor gorila yang bijak dan dibesarkan olehnya dari kecil lagi. Disebabkan 1 kajian sains yang huru hara mengubah pembesaran George menjadi seekor gorila yang mengganas, 1 demi 1 haiwan ganas yang berubah disebabkan kajian genetik yang huru hara sekaligus memusnahkan sebahagian kawasan amerika utara. Pasukan Okoye dengan bantuan seorang pakar genetik yang telah dibuang kerja bersama-sama membantu mendapatkan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang dihadapi George. Apa yang mereka lakukan bukan sahaja demi menyelamatkan daripada negaranya menjadi 1 medan peran yang luas, tetapi mengelakkan daripada menjadi 1 faktor yang boleh memusnahkan dunia ini.

 Cerita ini bermula dengan 1 ujikaji sains yang gagal, terhempas ke bumi seterusnya menjadikan 1 transformasi luar biasa pada George. Tapi apa yang mereka tak tau, ianya juga menjangkiti 2 lagi haiwan yang akan menjadi masalah di kemudian hari.

Lakonan The Rock a.k.a Dwayne Johnson yang memang sesuai dengan filem aksi menjadikan cerita ini lebih hidup. Kisah bekas unit khas tentera yang akhirnya menjadi pencinta haiwan dan membantu gorila-gorila yang ada untuk menyesuaikan diri antara 1 sama lain. Elemen kasih sayang, bahasa isyarat dan aksi yang tidak bosan kerana hampir sahaja babak itu nak jadi bosan, ia akan terselit babak gelak ketawa yang boleh menceriakan jalan cerita ini.

Kisah yang ingin disentuh, perjalanan cerita dan aksi² yang membuatkan saya berkata "WOOOOO" memang mendebarkan. Bayangkan, bila 3 haiwan yang berubah menjadi seperti raksasa, menghuru-harakan bandar anda. Sungguh mendebarkan.

Nak tau apa pengakhirannya? Apa akan jadi pada Okoye dan George? Berbaloi ke tengok cerita ni? Bagi saya, jikalau anda peminat The Rock dan aksi, cerita ini boleh dikatakan berbaloi la jugak untuk isi masa lapang sebab masih belum umphh lagi dan masih banyak lagi perlu dibuat untuk melawan aksi² Dwayne Johnson seperti dalam Fast & Furios.

Semuanya bergantung pada anda! Tengok dan komen apa kata anda? Best atau tak? Lain orang lain citarasa. Selamat menonton dan kongsi apa yang anda rasa tentang cerita ini jikalau sudah tengok.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

Jaja Zaleha said...

Dengar review macam menarik, lagi pun memang suka pun filem2 aksi ni hehe. Tapi satu je harap happy ending la :D

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.