Alanna's Kitchen - Dijamin Setanding 5 Bintang

by 8/04/2017 08:34:00 PM 0 Pengkritik
Kedai : Alanna's kitchen
Lokasi : 8, Jalan Pandan Indah, 1/23D, Pandan Indah, Cheras
Waktu Perniagaan
11AM - 10.30PM (Setiap Hari)

Halal Certified
Kiple Certified
Website : http://alannaskitchen.my
Rating : ★★★

Ingin merasa makanan berasaskan arabic tetapi diubah dengan citarasa malaysia? Tempat yang dijamin halal dan setanding restoran 5 bintang? Dimasak oleh rakyat Malaysia sendiri?

Alanna's Kitchen ada jawapannya!

Terletak di satu sudut yang kalau siapa baru pertama kali datang pasti akan tertanya-tanya di manakah kedai makan ini? Tetapi jangan risau, gunakan sahaja Google Maps atau Waze dan anda pasti akan dibawa menuju jalan yang lurus.

Oh ya, Makanan-makanan ini dimasak sendiri oleh pemilik restoran, Madam Kiew dan jangan terkejut jikalau anda merasa setiap cebisan makanan yang saya akan tunjukkan!

5 menu makanan yang dihidangkan kepada kami dan tak lupa juga 4 kek yang cukup rasanya membuatkan kami terduduk kekenyangan tetapi bagaikan nak makan lagi! Tak percaya??? Jom cuba tengok rupa makanan yang dihidangkan kepada kami dan mungkin anda pasti akan terliur!




1. ARABIC BBQ CHICKEN WITH RICE (Ayam berasaskan Arab BBQ dengan Nasi)

- Rasa yang cukup sedap
- Seperti makan di restoran arab terkenal di Cyberjaya
- Sos cicahan yang dibuat sendiri cukup rasa
- Ayam yang enak
- Harga yang berpatutan dengan rasa (RM 12.90)
- Antara menu yang wajib anda cuba

2. ARABIC LAMB MANDY WITH RICE

- Rasa kambing yang setanding restoran arab
- Tidak berbau dan pasti ingin kunyah lagi
- Sos cicahan buatan sendiri yang enak
- Harga yang berpatutan (RM 19.90)
- Antara menu yang wajib anda cuba

3. SHISH TAWOOK GRILLED CHICKEN WITH RICE

- Rasa Shish setanding restoran arab
- Cuba sekali pasti nak lagi
- Sos cicahan buatan sendiri yang enak
- Harga yang berpatutan (RM 12.90)
- Antara menu yang wajib anda cuba

4. CARBONARA SEAFOOD
- Tidak terlalu creamy
- Kuahnya berbeza dari Carbonara yang biasa anda makan
- Kuah carbonara yang dibuat sendiri oleh Madam Kiew
- Jikalau anda ingin rasa kelainan pasta, bolehla mencubanya
- Harga yang berpatutan (RM 17.90)

5. WAFFLE DENGAN 2 SCOOP AISKRIM BUATAN SENDIRI

- Rasa rangup waffle mengalahkan McD, ataupun kedai-kedai lain yang menghidangkan waffle sebagai pengakhir rasa anda
- Boleh pilih aiskrim seperti Vanilla / Chocolate / Mango / Raspberry / Green Tea
- Pasti takkan mengecewakan anda
- Harga yang berpatutan (RM 10.90)
- Menu wajib cuba!!!

Tak cukup dengan rasa setiap makanan yang dihidangkan kepada kami, Madam Kiew, pemilik Alanna's Kitchen dengan bermurah hatinya memberi kami rasa keknya yang tidak memualkan walaupun anda makan berulang kali dan anda akan rasa, ingin tambah 1 lagi atau mencuba perisa yang lain.

1. Kek Passion Fruit Mousse

2. Kek Stawberry Cheese

3. Kek Key Lime Cheese

4. Kek Green Tea Cheese

Untuk perhatian anda, Kek Mousse, Kek Cheese, Tart dan juga Pie dijual pada harga RM 9.90 manakala, Desert Cup dijual pada harga RM 5.90 dan Muffin pada harga RM 3.00

* Setiap makanan didatangkan dengan air percuma kecuali makanan ringan, desert dan minuman tambahan
* Air percuma boleh pilih daripada Coca - Cola, Sprite, Fanta, Ice Lemon Tea, Aquaris, Teh Jasmin dan Air minuman biasa

Dengan ini saya ingin istiharkan, Alanna's Kitchen merupakan salah satu destinasi tempat makan yang perlu anda kunjungi dan ya, saya pasti akan ke sana semula dengan membawa keluarga untuk mencubanya terutamanya kambing yang sungguh enak!!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.