Pickle & Fig : Citarasa Seimbang

by 7/10/2017 10:45:00 PM 0 Pengkritik
Kedai : Pickle & Fig
Lokasi : 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr Ismail, KL


Waktu Perniagaan
9AM - 11PM (Isnin - Ahad)

Rating : ★★★

Jikalau anda penggemar makanan berasaskan Panini, Smoothies dan Sandwich, Pickle & Fig adalah antara salah 1 tempat yang perlu anda kunjungi sebagai "Harus Cuba" dalam senarai pangkah anda.

Kenapa "Harus Cuba"??

Memetik kata-kata pemilik muda Pickle & Fig, Ken yang berusia 28 tahun,


" Konsep makanan kami sebenarnya pada makanan seimbang untuk pilihan semua. Ianya dapat dilihat daripada menu yang ditawarkan oleh kami dari pilihan makanan berunsurkan sayuran kepada makanan yang berat dan kegemaran semua"

p/s - jangan lupa melihat berapa banyak kalori yang anda akan amik pada setiap menu pilhan anda yaa dan bayar menggunakan Kiple Pay tanpa perlu risau duit di dalam dompet anda semakin sikit.


Trivia : Tahukah anda kami antara yang pertama untuk mencuba menu makanan terbaru mereka ini??

Nak tengok apa yang ada dalam menu terbaru mereka??? Oh ya, selain Churros, anda pasti akan terliur dengan makanan yang anda bakal saksikan nanti....


Mari kita mulakan dengan makanan yang juga merupakan salah 1 paling terkenal dan terlaris jualannya

Hot Pressed Panini - Rotkraut, Beef Pastrami & Cheese
Rating : ★★★
Harga : RM 21
Kalori : 266
* Antara menu terhangat di pasaran pilihan para pelanggan


Disaluti sos rusia a.k.a Russian Sauce

selain Rotkraut, ada salah 1 lagi jenis panini yang anda perlu cuba

Hot Pressed Panini -  Beef Ribeye Roast & Cheese
Rating : ★★★
Harga : RM 24
Kalori : 505


Disediakan dengan Onion Rings & BBQ Sauce (Tapi kami dihidangkan dengan potato wedges - Sedap macam KFC wei!!!)


Untuk pengetahuan anda semua, terdapat banyak lagi pilihan Panini dan sandwiches dan merupakan antara pilihan makanan utama yang dihidangkan Pickle & Fig.

Harga yang berpatutan bermula dari RM19 - RM25. Dihidangkan dengan roti pilhan anda sendiri dengan hidangan sampingan sayur & kentang wedges.

Jangan lupa untuk tengok berapa kalori yang anda akan amik jika anda merupakan seseorang yang mementingkan penjagaan kalori.

Untuk mereka yang ingin bersarapan di sini, mungkin anda boleh mencuba menu terbaru yang agak terliur jugak la pada saya.

Hot Breakfast (Menu terbaru) - Croque Madame
Rating : ★★★
Harga : RM 19
Apa isinya?
Smoked turkey ham & cheese di dalam roti wholemeal disaluti dengan sos bechamel & sunny side egg. Dihidangkan juga dengan hidangan sampingan salad.



Jujurnya, untuk sarapan pagi ini, tak payahla nak jaga kalori sangat... dengan cheese leleh, telur mata dengan kuning telur goyang pasti membuatkan anda rasa... Ummmppphhhhh!!!

banyak lagi pilihan sarapan pagi yang ditawarkan bermula dengan harga RM17 hingga RM25.

Trivia : Tahukah yang anda boleh membuat sendiri pilihan sarapan pagi berasaskan pembakaran kalori, makanan seimbang dan makanan untuk membina badan anda???

Dengan pilihan vitamins serendah RM2.5, gabungkan dengan Carbs serendah RM3 dan Protein RM3.5 untuk membentuk sarapan pagi sihat anda.

Bagi penggemar dan peragut sayuran sekalian (yang pastinya bukan saya, dan disebabkan itu tak dapat nak beri sangat bintang untuk setiap makanan itu), banyak pilihan yang sedap untuk anda dan bagi saya, saya syorkan untuk memilih Roast Peppers & Feta atau Ebikko & Nuts. Kenapa?

Tengok dan lihat serta pilih jika anda rasa terliuuuurrrrr.....

Fresh Salads - Avocado & Strawberry
Toppings : Smoked Salmon (Anda boleh pilih daripada 4 pilihan tersedia)
Harga : RM 23
Apa isinya?
Campuran sayuran hijau, wild rockets, chia seed, almond flake dengan raspberry vinaigrette

Fresh Salads - Roast Peppers & Feta
Toppings : Breaded Mushroom
Harga : RM 19
Apa isinya?
Campuran sayuran hijau, red cabbage, cherry tomato, raisin dengan basil pesto vinaigrette

Fresh Salads - Ebikko & Nuts
Toppings : Grilled Chicken Breast
Harga : RM 18
Apa isinya?
Campuran sayuran hijau, onion, cherry tomato, olive, alfalfa dengan black sesame dressing

Fresh Salads - Mango & Mint
Toppings : Shishamo (Tambah RM1)
Harga : RM 19
Apa isinya?
Campuran sayuran hijau, roast peppers, kacang dengan manisan thai dan sour dressing

masih ada lagi 1 pilihan salad iaitu Classic Caesar berharga RM20 untuk anda cuba.

Sebelum beralih kepada menu makan malam yang dihidangkan untuk kami, pasti anda berasa dahaga setelah mencuba dan melantak sepuasnya.

Antara smoothies harian yang saya pilih untuk dicuba adalah seperti berikut

Dairy Smoothies - Dangerously Red
Rating : ★★★
Harga : RM 13
Isi : Strawberry + Raspberry + Apple + Yogurt


Banyak lagi sebenarnya pilihan smoothies yang anda boleh cuba dari Goji Me, Avocado Dates, Bananalicks dan Tango Marango. Disamping itu, ada juga Blue Healer, P-Avo, Mango Mint, Mango Passion, Power Punch dan juga Go peachy.

Harganya juga agak berpatutan dari RM11 hingga RM15.

Anda juga boleh memilih minuman buahan segar seperti epal, oren, nenas dan buahan campuran dengan hanya berharga RM9

Terdapat juga pilihan kopi, teh dan minuman ais bermula dari RM7 hingga RM16.

Jangan lupa juga untuk mencuba minuman khas dari Pickle & Fig seperti berikut

Specials - Dark Chocolate Affogato
Rating : ★★★
Harga : RM 17

Specials - Honey Passion Asamboi
Rating : ★★★
Harga : RM 9

Specials - Butterfly Pea Latte - 'Blue Latte' (Terbaru)
Rating : ★★★
Harga : RM 12

Specials - Blue Chai Latte (Terbaru)
Rating : ★★★
Harga : RM 13

Terdapat juga pilihan menu specials seperti Reversed White Mocha (Cold), Iced Butterfly Pea Latte dan juga Iced Blue Chai Latte untuk anda cuba.



Untuk mereka yang ingin makan malam di Pickle & Fig, terdapat pilihan menu yang mula dihidangkan selepas jam 4 petang.

*Harga termasuk 2 hidangan pilihan dimana pilihan sampingan anda boleh pilih 2 untuk digabungkan sekali.

Dinner Menu - Grilled Chicken with Guacamole
Rating : ★★★
Harga : RM 30
Hidangan sampingan kami : Nasi Cauliflower + Kentang goreng manis
Rasa ayam yang sedap dengan isinya yang cukup ranum
Dinner Menu - Sriracha Chicken
Rating : ★★★
Harga : RM 26
Hidangan sampingan kami : Salad + Brown Rice


Dinner Menu - Chickpea & Spinach topped with Fried Portobello
Rating : ★★★
Harga : RM 25
Hidangan sampingan kami : Sauteed brocolli & peppers + Edamame

Jadi apa lagi yang anda tunggu lepas tengok semua pilihan makanan ni??? Mohla kita pi makan beramai-ramai naaa

Semestinya salah 1 restoran makanan pilihan "Harus Cuba" yang anda perlu pangkah!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.