Unboxing Edisi Terhad Royal Selangor Figura

by 1/02/2017 10:46:00 PM 0 Pengkritik
Sebelum melangkah post yang pertama untuk tahun 2017, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada GSC (Golden Screen Cinemas) kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang untuk peraduan Star Wars Rogue One Contest di Instagram.

Nak tau apa yang saya menang??? Saksikan sedutan video ringkas nyahkotak di laman Youtube saya



Hadiah Kemenangan : Edisi Terhad Figura Royal Selangor Chirrut Imwe
Dihadiahkan Oleh : GSC (Golden Screen Cinemas)
Dibuat Oleh : Royal Selangor
Harga Kemenangan : RM1200
No Edisi Terhad : 523/5000
Watak Star Wars : Chirrut Imwe

Segalanya bermula dengan sebuah kontest di Instagram GSC yang memerlukan anda menghabiskan RM35 untuk 2 tiket Star Wars dan menaikmuat gambar kreatif serta ayat kreatif pada hari yang sama.

Syukur alhamdulillah kehadrat Illahi di atas hadiah kemenangan penutup tahun 2016.

Apa yang ada dalam kotak?? Seperti yang anda lihat di dalam video di atas, 1 kad khas pengesahan tulen edisi terhad daripada Royal Selangor, 1 figura edisi terhad Chirrut Imwe, dan 2 kad tambahan pengenalan Royal Selangor dan Star Wars di dalam 1 kotak kemasan yang memuaskan.

Beberapa gambar dibawah untuk lebih jelas bagaimana rupa figura edisi terhad ini serta apa yang disertakan sekali dalam kotak ini.



Oh ya, hanya 5000 unit sahaja dikeluarkan tahu!!!

Sanggupkah anda menghabiskan RM1200 hanya untuk 1 figura edisi terhad sebegini?? Jikalau anda seorang peminat tegar kipas susah mati yang memang mengumpul barangan edisi terhad Star Wars, jawapannya tentu YA!!

Edisi Terhad No 523/5000

Tapi seperti saya, jawapannya tentu sekali kena penggal leher dan berpuasa sebulan makan meggi je menangis tak berlagu memikirkan bagaimana nak dapatkan semula wang itu.

Banyak lagi sebenarnya keluaran edisi terhad daripada Royal Selangor namun apakan daya, saya hanya ada 1 sahaja dan kalau diberi peluang untuk membuat lagi nyahkotak dan pandangan saya untuk barang-barang Star Wars lain, apa salahnya kan... hehehehe...

Apa-apapun, 2016 adalah tahun yang terbaik! Diakhiri dengan kemenangan yang agak mahal untuk diperolehi.

Tahun 2015, jodoh kemenanganku dengan kontest CIMB menang hadiah Cufflink Star Wars dari Royal Selangor, dan tahun 2016 pula hadiah Royal Selangor lagi. Adakah jodohku dengan Royal Selangor??? Kita tengok bagaimana 2017 pulak bakal beralu.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.