Passengers : Review

by 12/28/2016 11:29:00 PM 0 Pengkritik
Sponsor : Golden Screen Cinemas
Date : 21 Disember 2016 
Official Release : 29 Disember 2016
Location : GSC MidValley
Genre : Fantasy / Science
Rating : 4/5



Sinopsis

Jim Preston merupakan seorang mekanik yang berada di dalam perjalanan 120 tahun jaraknya ke sebuah galaksi baru. Akibat kegagalan fungsi pada pod hibernasinya, dia terjaga dari lenanya 100 tahun lebih awal. Menginginkan seorang teman bersamanya, dia bertindak setahun kemudian dengan mengejutkan seorang lagi penumpang yang bernama Aurora. Jatuh cinta pada pandangan pertama, tetapi akhirnya dia sedar kesilapan besar yang dilakukannya mengejutkan terlalu awal. Keadaan menjadi lebih teruk dengan kegagalan pada kapal angkasa tersebut yang perlu diatasi dan ditanganinya.


Alkisahnya, Apa yang anda akan buat jikalau dalam perjalanan yang mengambil masa 120 tahun lamanya tetapi secara tidak sengaja akibat kegagalan fungsi pada kapal angkasa yang mengejutkan anda dari lena 100 tahun lebih awal?


Terima kasih diucapkan kepada GSC (Golden Screen Cinemas) atas peluang untuk menyaksikan tayangan lebih awal dari tayangan seluruh dunia dan tiket tayangan perdana yang agak menarik kerana seakan-akan tiket kapal terbang dari Bumi ke dunia baru.


Kisah ini bermula dengan sebuah kapal angkasa yang bernama Avalon dalam perjalanan 120 tahun dari bumi ke dunia baru yang dipanggil HOMESTEAD II. Tanpa disangka dalam perjalanan yang terpaksa melalui laluan komet yang berliku, berlaku sesuatu yang tak disangka-sangka yang seterusnya mengejutkan seorang mekanik, bernama Jim Preston.

Seorang mekanik, yang terpaksa hidup bersendirian selama setahun akhirnya bertindak untuk mencari seorang teman menemaninya dan jatuh hati pada Aurora yang merupakan seorang penulis.

Apa yang boleh dilakukan oleh seorang penulis dan seorang mekanik untuk meneruskan baki hidup mereka sebelum kapal angkasa Avalon tiba ke destinasi yang ditetapkan dalam masa 90 tahun lagi?? Apakah liku-liku yang bakal dilalui oleh Aurora dan Jim? Adakah Jim akan beritahu rahsianya pada Aurora?? Siapakah yang akan bantu membimbing mereka untuk terus hidup bersama?? Mampukah kapal angkasa Avalon tiba ke destinasi ditujui dengan selamat?? Mampukah mereka tidur kembali dan sampai ke HOMESTEAD II dengan penumpang dan krew yang lain??

Segala persoalan bakal terjawab apabila anda pergi sendiri menyaksikan Passengers di pawagam berhampiran anda. Dilakonkan oleh Jennifer Lawrence (The Hunger Games) dan Chris Pratt (Guardians Of The Galaxy) pasti akan membuatkan anda terhibur dan merasakan bagai ingin berada di dalam kapal berdua dengan Jennifer Lawrence (Ehhhh...)...

Cerita yang berakhir dengan 1 mesej pengajaran dan jalan cerita yang tidak membosankan membuatkan saya menontonnya dengan penuh khusyuk tanpa mengantuk (Walaupun tayangan perdana pada waktu malam).

Apa ditunggu lagi?? Saksikanlah di pawagam dan kongsikan pendapat dan review anda. Lain penonton, lain citarasanya kan...

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.