Lazada

[Mi Explorers] Xiaomi Redmi Note 3 Dengan Kuasa 4K!

by 3/29/2016 12:06:00 AM 0 Pengkritik
Terima kasih diucapkan kepada Xiaomi Malaysia diatas peluang ini sebagai salah seorang daripada pengguna terawal set Antarabangsa Xiaomi Redmi Note 3 dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Tentu anda semua akan tertanya-tanya, sejauh mana kapasiti bateri 4000mAh?
Jom tengok selingan Timelapse yang ditangkap menggunakan Xiaomi Redmi Note 3 pada bateri 40%

p/s - Time lapse selama 37 saat hanya menggunakan kapasiti bateri kurang dari 5%

Tapi, percayakah yang sebagai pengguna pertama di Malaysia, Xiaomi Redmi Note 3 boleh bertahan selama hampir 5 HARI tanpa penggunaan yang terlalu berat manakala dengan penggunaan yang kerap, ianya boleh bertahan sehingga hampir 2 HARI!!

Tak Percaya?? Ini buktinya.

Carta penggunaan bateri dapat dilihat melalui kadar penggunaan
Jadi, apakah rahsianya sehingga bateri Xiaomi Redmi Note 3 boleh bertahan selama ini??

Redmi Note 3 - 4 Hari 9 Jam Ketahanan Bateri

1. Hanya menggunakan WiFi selepas jam 8 malam ke atas (YouTube, Facebook & Lain-lain)
2. Tiada penggunaan data sepanjang 12 jam waktu bekerja
3. 4 Hari 9 Jam tanpa cas semula dengan melayan video-video definisi tinggi di YouTube menggunakan WiFi
4. Baki bateri 3% (2 Jam 9 Minit masa kecemasan diberikan)


Apakah yang akan terjadi pula jikalau penggunaan yang kerap digunakan?

Kadar penggunaan bateri xiaomi redmi note 3 yang kerap
Redmi Note 3 - 1 Hari 14 Jam Ketahanan Bateri

1. Data internet dibuka sepanjang masa (Diselang-seli penggunaan WiFi di rumah)
2. Facebook, twitter, 9Gag, WebBrowser, Astro On The Go & kamera sepanjang hari bekerja.
3. Penggunaan WiFi untuk menonton video definisi tinggi
4. GPS diselang-seli kerana penggunaan Google Maps
5. Baki 3% dengan paparan masa kegunaan kecemasan 2 jam 9 minit


Jikalau anda seorang pengguna data internet, gamers yang tegar, ketahanan bateri sehingga hampir 2 hari pasti menjadi pilihan seisi keluarga. 

Dan jikalau anda bukan pengguna yang tegar, kurang menggunakan data sebaliknya menggunakan WiFi sahaja ketika pulang rumah, saya syorkan, Redmi Note 3 ini, perlu menjadi milik anda!

Ketahanan bateri sudah, apakah kelebihan lain yang terdapat pada Xiaomi Redmi Note 3 ni???

Ingin ketahui kelebihan lain, pastikan anda menunggu dan membaca post seterusnya kerana biar gambar berbicara!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.