Archery Tag @ PJ Palms - Part 1

by 2/22/2016 05:59:00 PM 0 Pengkritik
Apa yang anda dapat apabila Dodgeball @ Bola Beracun digabungkan bersama PaintBall dan juga aktiviti memanah??

Bagi peminat sukan lasak, sukan paintball, sukan dodgeball dan memanah, anda perlu mencubanya!

Archery Tag
Lokasi : PJ Palms Sports Center (Indoor)
Tahap Kesukaran : Beginner to Master Class
Bayaran : RM 35/seorang (Isnin - Jumaat) & RM 40/seorang (Sabtu & Ahad)
Waktu Operasi : 8 pagi - 1 pagi
Minima Pemain : 6 hingga 14 orang pemain

p/s : Pemain ke-15 dan seterusnya bermain dengan percuma @

Pasti anda tertanya-tanya... Apakah permainan ini??? Bagaimana ianya dimainkan?? Apakah mod permainan yang ada dan paling terakhir anda akan tanya, bagaimana untuk menempah bermain bersama kami!

Sebagai Marshall Archerty Tag atau lebih dikenali di Malaysia sebagai ATAG, berikut apa yang anda semua akan tahu dan alaminya sendiri.

Jikalau anda pernah bermain Paintball, konsep permainan yang sama diguna pakai untuk Archery Tag dimana anda perlu mensasarkan anak panah yang telah direka khas kepada pihak lawan dan cuba untuk mendapatkan mata, mematikan permainan pihak lawan dan juga mendapatkan pemain dari pihak lawan.
 

Gambar daripada : http://www.arena51.my/archery-tagreg.html

Cara Permainan

1. Pemain akan diberikan penghadang muka keselamatan, dan juga pelindung lengan (Bagi mereka yang pertama kali mencuba), dan Busur setiap seorang.
2. Anak panah akan diletakkan bertaburan dan berselerakan di tengah-tengah antara kawasan larangan kedua-dua pasukan.
3. Terdapat 2 kawasan permainan yang perlu dipatuhi setiap pemain. 

     i. Safety zone atau kawasan selamat adalah kawasan dimana setiap pemain perlu keluar daripadanya selepas permainan bermula. 
      ii. Zon larangan dimana ianya membahagikan kawasan antara anda dan pihak lawan. Kawasan ini juga terletaknya anak panah yang anda perlu ambil sebanyak yang mungkin dalam masa 10 saat dari permulaan permainan. Setiap pemain tidak boleh melintasi zon larangan untuk mensasarkan anak panah ke pihak lawan atas sebab keselamatan.

4. Pemain akan diminta untuk berlatih menyesuaikan diri dengan peralatan memanah sebelum permainan dimulakan.

5. Di dalam permainan, seluruh anggota tubuh badan akan dikira sebagai sasaran dimana setiap anak panah yang terkena anda akan dikira. (Batang anak panah tidak dikira)

6. Archery tag ialah permainan "Hit" and "Die" dimana setiap pemain perlulah mensasarkan kepada pihak lawan mengikut mod permainan yang dimainkan ketika itu.

7. Keselamatan adalah perkara utama yang dititikberatkan dalam Archery Tag dimana pemain boleh meminta Marshall untuk memberhentikan permainan sementara waktu dengan menyebut "Stop" atau "Pause" atau seangkatan dengannya.

8. Sebarang keputusan daripada Marshall permainan adalah muktamad dan tidak boleh diubah mahupun dibantah.

9. Sebelum memulakan permainan, disarankan untuk melakukan regangan dan senaman ringan serta ringkas untuk mengelakkan sebarang kecedaraan yang tidak diingini.

Anda mungkin akan tertanya-tanya soalan lazim seperti, selamatkan permainan ini dimainkan?? Had Umur?? Tempat untuk bermain dan juga tempat untuk meletakkan kenderaan dan banyak lagi bolehlah melayari ke link dibawah


Sudah bersedia untuk bermain??? Dibawah adalah antara mod permainan yang anda akan alami sepanjang 1 jam permainan.

Mod Permainan

Terdapat 4 mod permainan yang ditawarkan oleh kami di Archery Tag PJ Palm

1. Sistem 15 Mata Terkumpul atau 5 Minit permainan

i. Pemain akan dibahagikan kepada 2 pasukan dengan setiap 1 pasukan minima 3 orang pemain.
ii. 5 minit masa yang diberikan untuk permainan pertama.
iii. Mana-mana 1 pasukan yang berjaya mengumpul 15 mata dengan mensasarkan anak panah ke pihak lawan atau mana-mana 1 pasukan dengan mata terkumpul tertinggi dalam masa 5 minit akan dikira pemenang.
iv. Setiap pemain perlu memakai penghadang muka keselamatan dan busur perlu diletakkan ke-bawah di belakang zon selamat sebelum permainan dimulakan.
v. Setiap pemain perlu berpaut pada net di tempat permulaan setiap pasukan sebelum kiraan 3 untuk berlari mendapatkan sebanyak anak panah yang mungkin.
vi. 10 saat waktu selamat untuk setiap pasukan mendapatkan seberapa banyak anak panah yang diperlukan.

Mod permainan lain??? Kita jumpa di sisipan kedua Archery Tag @ PJ Palms

Sementara itu, saksikan klips dibawah untuk anda mendapatkan sedikit gambaran bagaimana Archery Tag dimainkan!

Let's Play!!!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.