Teman Bloggers

Tabung DSLR Ku

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.
BM
Untuk sebarang persoalan, jemputan @ penajaan, bolehla menghubungi admin di

BI
For further enquiries, Invitations @ Sponsorship, can contact us at

Twitter : @putra87
Email : gen_k87@yahoo.com

OnePlusYou Quizzes and Widgets
Edited by putra87™

KIL Review

>> Saturday, June 1, 2013

Ini cerita Akil. Dia perlukan penyelesaian

Genre : Drama / Romantik / Misteri
Pelakon : Redza Minhat, Christina Suzanne Stockstill
Rating : 3.5/5


Sinopsis

Akil, seorang lelaki yang punyai keinginan tinggi untuk bunuh diri, namun apa sahaja yang dicubanya menemui kegagalan sehinggalah dia menemui 1 penyelesaian. Melalui sebuah organisasi yang menawarkan pertolongan untuk membunuh orang, kil bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

Pembunuhannya rawak. Tiada informasi tentang bila, dimana mahupun siapa pembunuhnya. Semuanya berubah apabila diperkenalkan dengan Zara. Fikirannya mula berubah sehingga berfikir 2 kali.

Ini pula kataku tentang movie ini...

p/s : Baru je tengok cerita ni semalam. Tak pilih Bikers kental coz dah cliche sangat genre rempit di Malaysia.



Sebuah cerita dengan permulaan yang agak lembap... Mengisahkan seorang lelaki yang bermula di satu sudut bangunan sepertinya ada kejadian yang akan berlaku.

Cerita mula berkembang dengan memperkenalkan watak cerita ini, Akil atau lebih dikenali dengan panggilan Kil. Pelbagai cara telah digunakan oleh Kil untuk membunuh diri, namun semuanya menemui kegagalan. Perjalanan cerita yang agak perlahan sehinggalah Akil terjumpa 1 kertas iklan yang menawarkan khidmat bunuh.

Life Action Bureau atau lebih dikenali sebagai LAB menawarkan khidmat yang mampu membunuh orang. Tapi apa yang Kil tahu, tiada informasi tentang siapa, bagaimana atau bila dia akan mati. Cuma yang dia tahu, dia sudah tiada apa bagi dirinya sehingga sanggup pergi ke LAB.

Sehinggalah, dia terpikat dengan seorang gadis yang selalu ada di dalam KTM ketika hendak pulang ke rumahnya. Diperkenalkan Zara, seorang gadis misteri yang baru sahaja duduk di kawasan rumah Kil 2 minggu berbanding Kil yang dah 2 tahun.

Perkenalan yang akhirnya membuat hati bertaut. Namun apa yang Kil tidak tahu, Zara mempunyai 1 sisi gelap yang mungkin mempunyai kaitan dengan gambar yang Kil perolehi.

1 demi 1 tembakan, sehinggalah Kil diculik dan rumahnya digeledah membuatkannya merubah fikiran. Namun, semuanya sudah terlambat. Kerana sebuah sampul yang terselit gambar, segalanya bakal terungkai.

Apakah yang akan berlaku pada Zara? Adakah Kil akan mati? Siapakah yang akan membunuh Kil dan bagaimana?

Semuanya terjawab apabila pembunuh datang hendak menamatkan ajal Kil.

Rapuh & Seperti mati hidup kembali. Itu yang mampu dikatakan untuk moral of the story KIL. Saksikan hingga penghujung cerita untuk mengetahui apa sebenarnya kaitan KIL dan apa yang ingin disampaikan.

Mungkin cerita ini agak berat, namun bagi mereka yang mampu berfikir sebaik mungkin, ada motif disebalik setiap harapan.

Harapan itu masih ada, walaupun kita kehilangan orang yang tersayang mahupun tiada sesiapa untuk kita kongsi dan bersama.

Saksikan di pawagam berhampiran anda dan ianya lain daripada cerita genre yang sedia ada di Malaysia

1 Pengkritik:

Lea IsNawi June 6, 2013 at 3:06 PM  

oh! nak donlod jela

hehe

Related Posts with Thumbnails

Jalan² Tengok Blog

Network Blogs

About

My Photo
An Engineer With An Attitude Of Doing Something Extra Ordinary Out Of The Box And Extra Terrestial

Top 10 Pelawat

Waktu Solat Pulau Pinang

  © A putra87® Story Since 16 September 1987

Back to TOP