Breakfast at Hai Peng Kopitiam

by 9/09/2012 03:42:00 PM 0 Pengkritik
Anda semua masih ingat lagi review makanan di Warung Otak-otak Che Wan???

Tapi kali ini teman akan bawa anda bersarapan bersama di Hai Peng Kopitiam, antara Kopitiam yang terkenal di bandar Chukai, Kemaman ini.
Sarapan Pagi
Untuk mereka yang ingin sarapan pagi, tersedia 2 pilihan nasi lemak, nasi lemak ikan masin & nasi lemak sambal. Oh ya, karipapnye juga sedap. Memang Terbaik!

Selain menyediakan resipi sarapan tradisi orang Melayu, tak lupa juga minuman kopi di pagi hari seperti Au Liat yang dipilih ibu teman
Dengan harga yang berpatutan dan pilihan makanan, minuman dan tak lupa juga roti bakar di pagi hari, membuatkan Kopitiam ini sentiasa penuh di kala sarapan pagi datang. Menunggu giliran untuk duduk itu suatu kebiasaan.

Jom tengok pilihan makanan lain yang teman dan keluarga teman bersarapan sebelum ke Felda Neram 1 menghadiri majlis perkahwinan rakan teman.

Selain roti bakar mengisi perut di sarapan pagi, telur setengah masak juga ada
Mesti antara anda berkata, mesti cuba ni, Teman pula menyahut, sila pergi & cuba, Cuba sekali hendak lagi, mungkin... Dengan nasi lemaknya yang sedap dan karipapnya, menambahkan rasa sedap kopitiam yang terkenal ini, Hai Peng Kopitiam.

Hai Peng Kopitiam terletak betul2 di antara simpang empat ke bandar Chukai, Kemaman, Terengganu dan merupakan salah 1 destinasi makan-makan yang menjadi mercu tanda bandar ini.

Seterusnya??? Teman akan membawa anda semua mencuba Stuffed Crab dimana, Chukai, Kemaman merupakan antara tempat terkenal untuk penggemar makanan merasa & makan bersama seorang mahupun berkeluarga.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.