MHMobile lebih mudah dengan PayPal

by 7/23/2012 10:45:00 PM 0 Pengkritik
"Malaysia Airlines Partners PayPal For Faster And Safer Mobile Payment Option"

Sebelum itu, ingin teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAS Airlines & PayPal kerana menjemput untuk membuat ulasan mengenai kerjasam terbaru melalui aplikasi MHMobile dengan menggunakan PayPal sebagai medium bayaran mudah.
Khamis, 19th Julai 2012 - 3 Bloggers, 5 wartawan & David Hodgens dijemput bersama untuk 1 journalistic experience ke Pulau Pinang sambil membuat ulasan kerjasama terbaru MHMobile oleh 5 orang staff MAS Airlines ditemani 2 wakil dari Paypal.

Kerjasama antara MHMobile dengan PayPal temerterai pada 5 Julai 2012, menjadikan Malaysia Airlines sebagai rangkaian penerbangan pertama di Asia Tenggara yang membekalkan pembayaran atas talian dengan cepat dan selamat seringkas 2 kali tekan di telefon berinternet. Dengan kerjasam ini, applikasi MHMobile & laman sesawang telefon mudah alih Flymas.mobi menerima PayPal untuk semua penerbangan domestik & antarabangsa.

Sebelum itu??? Anda semua pernah cuba untuk tempahan penerbangan atas talian melalui applikasi MHMobile???

Belum??? Jom tengok antara video yang pernah teman buat untuk DiGi Androids menggunakan applikasi MHMobile menghantar adikku pulang ke Sarawak untuk semester yang baru di UNIMAS.
Lebih mudah, lebih cepat & tak perlu susah payah nak beratur di kaunter check-in semata² nak mendapatkan pas masuk & memilih tempat duduk anda. Sekarang, semuanya mudah hanya di hujung jari anda. Jom tengok sekitar ulasan MHMobile dengan menggunakan PayPal
Antara wartawan yang turut hadir sama mendengar ulasan PayPal & MHMobile daripada Harian Metro, Utusan Borneo, China Press & Bernama.
Dengan MHMobile, anda boleh check-in flight pergi & balik serta akan disertakan sekali dengan QR Kod untuk discan di pintu masuk pemeriksaan sebelum menuju ke pintu masuk penerbangan & akhir sekali di pintu masuk penerbangan menuju ke kapal terbang.
Dengan PayPal, pembayaran akan menjadi mudah kerana anda tak perlu lagi melakukan kerja yang banyak untuk mengeluarkan kad kredit anda, mengisi tarikh luput, sebaliknya, dengan PayPal, hanya dengan mengisi masuk kata kunci & kata nama anda seperti yang didaftarkan dengan PayPal.
Buat sementara waktu, applikasi MHMobile ini dapat digunakan di peranti Android, IOS, Windows Phone & Symbian. Kepada pengguna Blackberry, anda bolehla melayari Flymas.mobi. Semua data akan disimpan dalam applikasi & juga email yang disertakan sekali ketika daftar masuk penerbangan melalui MHMobile.
Tambahan kepada pemilik kad Enrich, setiap pembayaran melalui PayPal akan disertakan 500 Enrich Miles dengan setiap tempahan dari 5 Julai hingga 5 Oktober 2012. Menarik bukan???
Kepada pelajar yang sering menggunakan penerbangan Malaysia Airlines menuju ke Universiti masing² serta mereka yang menggunakan MAS sebagai pilihan penerbangan, lakukan pilihan yang bijak & cepat serta lebih mesra alam.
Jadi apa tunggu lagi??? Jadilah pengguna yang bijak & mudah dengan applikasi MHMobile di hujung jari serta pembayaran lebih pantas & selamat dengan PayPal

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.