Batman : The Dark Knight Rises Review

by 7/22/2012 11:44:00 PM 1 Pengkritik
Sponsor : Nuffnang , P1 , e@Central 
Date : 17th July 2012 (Nuffnang+P1Buddy) & 18th July (Star e@Central Trilogy) 
Official Release : 19th July 2012 
Location : TGV Sunway Pyramid 
Genre : Action / Adventure / Crime 
Rating 4.8/5 
Synopsis 

Warner Bros. Pictures’ and Legendary Pictures’ The Dark Knight Rises is the epic conclusion to filmmaker Christopher Nolan’s Dark Knight trilogy. It has been eight years since Batman vanished into the night, turning, in that instant, from hero to fugitive.

Assuming the blame for the death of D.A. Harvey Dent, the Dark Knight sacrificed everything for what he and Commissioner Gordon both hoped was the greater good.

For a time the lie worked, as criminal activity in Gotham City was crushed under the weight of the anti-crime Dent Act. But everything will change with the arrival of a cunning cat burglar with a mysterious agenda.

Far more dangerous, however, is the emergence of Bane, a masked terrorist whose ruthless plans for Gotham drive Bruce out of his self-imposed exile. But even if he dons the cape and cowl again, Batman may be no match for Bane.

Sebelum teman memulakan penceritaan review, ingin teman mengucapkan terima kasih kepada P1 & Nuffnang kerana telah memberikan 4 tiket untuk teman menghantar 1 keluarga (Apit, ibu & Abah) pi tengok sehari lebih awal daripada premiere screening Nuffnang yang sebenarnya. & tak sia² beratur panjang pagi² jam 10 walaupun sesat sikit untuk mendapatkan tiket trilogy Batman daripada e@central yang ditayangkan di TGV Imax untuk Batman The Dark Knight Rises.

It was a good movie to watch and great movie to end the Dark Knight Rises with the introduction of Robin Hood



Semuanya bermula pada 1 hari, di sebuah tempat ketika FBI sedang menunggu barang hantaran mereka, berupa Prof. Pavel. Seorang pakar Fizik Nuklear.

Alkisahnya, FBI ditipu apabila 3 orang lelaki yang ditangkap sekali bersama Prof. Pavel, salah seorangnya, penjenayah yang dikehendaki, Bane. Helikopter yang mereka naiki dirampas dalam 1 operasi untuk memperdaya pihak Amerika Syarikat daripada mengetahui perkara yang akan berlaku tak lama lagi.

Dan kisah kembali ke Gotham City. 1 majlis penghargaan untuk Harvey Dent (Two Face dalam The Dark Knight) diadakan dan ketika hendak membuat ucapan, Commisioner Gordon yang dijemput untuk memberi sepatah dua kata terpaksa menyingkatkan ucapannya yang sebenar dan bersembunyi buat sementara waktu.

Di satu tempat di dalam dapur ruangan rumah agam Bruce Wayne, Alfred meminta seorang pelayan menghantar makanan ke biliknya tetapi, apa yang terjadi ialah, rantai berlian milik peninggalan ibu Wayne dicuri seorang gadis yang melarikan diri bersama Mayor yang akhirnya dilaporkan hilang.
Gadis tersebut bertemu seorang pelanggan yang meminta cap jari Bruce Wayne yang akhirnya membawa kepada adegan tembak menembak & juga kejar mengejar sehingga ke dalam lubang pembentungan oleh Gordon. Gordon akhirnya dipukul sehingga pengsan & dibawa ke 1 kawasan bertemu Bane tetapi sempat menyaksikan keadaan yang berlaku di persekitaran. Watak Blake diperkenalkan di dalam adegan tembak menembak ini.

Tetapi dengan liciknya, Gordon berjaya meloloskan diri tetapi kertas ucapannya diambil oleh Bane. Alfred yang ketakutan melihat Wayne yang sanggup mati bertekad meninggalkan rumah agam yang dijaganya sejak Bruce Wayne dilahirkan lagi, & ini memberi kesan kepada Wayne apabila Fox muncul menceritakan keadaan & penyelesaiannya.
Di suatu tempat yang penuh dengan manusia berurusan saham, secara tiba² diserang sekumpulan penjahat yang membuatkan Batman muncul menyelamatkan keadaan. Namun begitu, tak semua pengakhiran berpihak kepada kelawar malam yang datang menyelamatkan keadaan. Bruce Wayne Enterprise Bankrap & Wayne terpaksa mempercayai rakan kongsinya, Miranda Tate untuk menerajui Wayne Enterprise & seterusnya berkerjasama menunjukkan reaktor tenaga bersih yang akan membawa padah pada babak seterusnya.

Reputasinya yang bankrap tak dapat diselamatkan, & bermulalah 1 revolusi daripada Bane
Blake daripada seorang polis, dilantik menjadi detektif ketika proses revolusi berlaku. Batman berdepan dengan Bane yang diperangkap oleh Catwoman & identitinya diketahui sebagai Bruce Wayne yang juga membuatkan tempat simpanan senjata majunya dibom & dirampas kuncu² Bane. Bruce Wayne patah tulang belakang & dipenjarakan di sebuah penjara berdekatan Ibiza.

Tenaga bersih baru ditukar menjadi tenaga Nuklear yang akan meletup dalam masa 2 bulan, Jambatan yang menghubungkan Gotham City dengan dunia luar diletupkan, 3ribu polis yang ditugaskan untuk menangkap kuncu² Bane terperangkap di dalam terowong bawah tanah yang dirancang sebaik mungkin. 1ribu banduan yang ditangkap di bawah akta Dent dibebaskan & pendedahan korupsi yang berlaku dalam pihak polis didedahkan.

Selama hampir 2 bulan Bruce Wayne dipenjarakan, didera mental dengan siaran rasmi daripada Bane yang mengugut kerajaan Amerika Syarikat daripada menyelamatkan penduduk Gotham. Tetapi harapan tidak hanya tinggal harapan palsu. Dengan bantuan Blake, selaku detektif, mencari lori penyimpan Nuklear, menyelitkan mesej rahsia kepada polis yang terperangkap, serta menantikan, revolusi lain yang bakal muncul.
Mampukah Batman menyelamatkan Gotham City daripada kemusnahan? Siapakah musuh dalam selimut yang membuatkan cerita ini menjadi 1 cerita yang tanpa diduga?

Adakah Catwoman akan bersama menyelamatkan Gotham dari cengkaman Bane? Mampukah Gordon & Blake mematikan alat peledak automatik jarak jauh dari meletupkan Gotham City? Apakah yang bakal terjadi kepada Bruce Wayne?? Mampukah dia melepaskan dirinya daripada dinding tinggi yang mengelilingi penjaranya??

Yang pasti, 3 ribu polis bersama² menumpaskan Bane & kuncu²nya dengan bantuan Batman & The Bat & Catwoman.

Adakah Batman mati dalam usahanya menyelamatkan Gotham City???

Yang pasti lagi, watak Blake ditukar nama sebagai Robin Hood diperkenalkan dengan bersaranya sebagai detektif & diberi 1 koordinat ke tempat yang amat dikenali peminat Batman, The Bat Cave.

Jom ramai² ke pawagam berhampiran menyaksikan kesudahan Batman The Dark Knight Rises dan tunggu sehingga penghabisan untuk pengenalan watak Robin Hood & penamat kepada legasi Wayne di Florence menunaikan hasrat Alfred pembantunya.

Sebuah karya muvi yang terbaik dalam banyak² karya Batman di pawagam

"People will started to cherish the person when they are gone - Alfred"

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

Mee said...

Emm.. ni bukan review ni. Tapi lebih kepada spoiler. Review biasanye tak tragkan tntg jalan cerita secara mendalam tetapi lebih bertujuan utk memberi pandagan kpd pembaca samada utk mnonton atau tak sesuatu filem. Eg: sudut kamera, lighting, pelakon, plot twist, dan lain2.

Anyway.. nice spoiler there.

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.