Rooftop NTV7

by 6/14/2012 12:42:00 PM 0 Pengkritik
Rooftop atau dalam bahasa melayunya, bumbung ye pembaca sekalian. Tapi post ini bukan untuk kita belajar "ABC"

Jadi, apakah itu Rooftop NTV7???
Rooftop NTV7 ialah sebuah program hiburan konsert terbaru yang akan disiarkan di NTV7 yang dinamakan Rooftop. Kenapa Rooftop??? Kerana ianya merupakan pertama kali sebuah konsert mini gig di Malaysia yang dirakamkan & dimainkan di atas bumbung sebuah kompleks membeli belah terkemuka di Segi Tiga Emas, Kuala Lumpur berlatarbelakangkan Menara KL.

Pertama sekali, terima kasih kepada Budiey yang menjadi blog rasmi RFTP kerana telah memberi peluang kepada teman untuk melihat rakaman pertama pada hari itu, iaitu persembahan daripada band Projek Pistol & Estranged, tapi malangnya, hanya dapat tengok sampai Projek Pistol je disebabkan malam itu kena bergegas ke Stadium Shah Alam menyaksikan Singa yang pura-pura dibaham Harimau akhirnya.

Nak tau lebih banyak info tentang program hiburan mini gig terbaru yang akan disiarkan di NTV7 nanti serta artis yang bakal menceriakan "Your Feel Good's Channel" ini??? Sebelum itu, jom kita tengok dulu persembahan Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia live dari Rooftop Tingkat 8 Lot 10.

Terhibur??? Yaaa.. Ditujukan lagu ini kepada seluruh wanita & gadis cantik yang duk sibuk membaca post ini.

Jom tengok barisan artis yang bakal menggegarkan Tingkat 8 Lot 10


Untuk rakaman pertama yang bermula pada 12Jun 2012, 2 band yang akan membuat persembahan ialah Estranged & Projek Pistol. Projek Pistol memulakan persembahan mereka dengan 2 lagu dari album mereka dan diakhiri dengan Wanita Seluruh Dunia.

Manakala, Estranged pula mempersembahkan 2 lagu baru mereka kepada peminat yang turut hadir sama menyaksikan rakaman Rooftop NTV7 pada hari itu.
Estranged ketika ditemubual sebelum persembahan bermula.
Estranged pose bersama berlatarbelakangkan Menara KL

Antara artis yang akan menggegarkan Rooftop NTV7 ialah,

DATE – EPISODE – ARTIST (Source Budiey.com)

* 12th June (Tuesday)
ESTRANGED & PROJEK PISTOL

* 13th June (Wednesday)
AIZAT

* 14th June (Thursday)
BUNKFACE & OAG

* 15th June (Friday)
LIYANA FIZI & DIANDRA ARJUNAIDI

* 16th June (Saturday)
NAJWA LATIF
AKIM

* 17th June (Sunday)
IKHWAN & GANG
ADIRA

* 18th June (Monday)
AWI RAFAEL, HAFIZ & AZLAN & TYPEWRITER

Menarikkah barisan artis yang akan menggegarkan ruang udara Rooftop Bukit Bintang??? Segalanya akan terjawab di Rooftop NTV7

p/s - Pas adalah terhad untuk menyaksikan konsert mini-gig yang julung kalinya diadakan di Malaysia di atas bumbung
Baju T Edisi Terhad Rooftop, RFTP
Tapi berdasarkan persembahan episod pertama & lokasinya, teman jamin ianya akan menjadi 1 hit dengan suasan latar belakang yang terbaik & juga persembahan di atas bumbung berlatar belakangkan bunyi suasana di Bukit Bintang.

Saksikannya nanti di NTV7 dengan persembahan artis² kegemaran anda

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.