Gerimis Mengundang Review

by 6/01/2012 12:32:00 AM 0 Pengkritik
Movie : Gerimis Mengundang 
Tarikh : 28 Mei 2012 (Tayangan Perdana) 
Tayangan Rasmi : 31 Mei 2012 
Lokasi : TGV Sunway Pyramid 
Genre : Cinta 
Rating : 4/5
"Benarkah Cinta, Hingga ke Penghujungnya"

Sinopsis


Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang. 

Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. 

Apa yang terjadi kepada perhubungan Zamani dan Mikha? Bagaimana pula Doni yang telah menjadi tunangan sejak mereka kecil. Dan mampukah Mikha mendapatkan cintanya semula dari Zamani

Filem yang 90-95% dirakam di Sabah. Apakah ianya mampu bersinar seperti filem melayu yang lain??? Tapi 1 je yang membuat kelainan berbanding filem cinta yang lain yang dah lama tak ada dalam filem cinta. Hero mati diakhir cerita.

Barisan pelakon yang terdiri daripada Olivia Lubis Jensen & Kamal Adli. Pengarah Ahmad Idham & orang Finas
Filem bermula dengan 1 tragedi terhempasnya helikopter yang membuatkan 1 kenangan masa silam kembali menghantui kisah sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan tetapi hanya anaknya sahaja yang masih hidup.

Dan seterusnya, pertemuan yang tak diduga, kerana 1 insiden jet ski hampir langgar kepala Zamani, bermulalah 1 kisah, pertemuan 2 negara berjiran, 2 bahasa yang serumpun serta 2 jiwa yang kehilangan.

1 kehilangan keluarganya dalam kemalangan jalan raya, 1 lagi kehilangan bapanya juga dalam kemalangan yang sama. Bertemu kemaafan di sebuah restoran yang membuatkan 2 hati bertaut.
 
Cinta mula berputih antara 1 sama lain di tepi pantai, sehingga berlarutan ke pendalaman Sabah ketika Pesta Kaamatan. Berpakaian tradisional, keduanya bersama sehingga Zamani meluahkan perasaanya pada Mikha. Namun, semuanya berubah pabila Zamani diketemukan dengan tunang Mikha. Dan segalanya berubah.

Tetapi, cinta itu suci lagi murni. 2 hati walaupun sudah terikat, pasti boleh mencintai lebih kukuh dari hubungan yang sudah terjalin lebih lama sejak kecil lagi. Percintaan Mikha pada Zamani direstui tunang Mikha yang lebih memahami. & akhirnya, Mikha mengambil keputusan untuk pergi berjumpa Zamani di Sabah. Tapi apakan daya, peribahasa mengatakan, malang tidak berbau. Inikan lagi helikopter yang wangi. bau wangi ada la #LameJoke

Ketika Mikha cuba hendak memberitahu sesuatu kepada Zamani ketika tiba di Sabah Air, dan berjanji akan menunggu di hangar untuknya, sesuatu buruk yang terjadi. Helikopter Zamani terhempas & nyawanya tak dapat diselamatkan setibanya di hospital akibat pendarahan yang banyak.

Inilah kisah cinta, cinta yang tak bermakna ianya akan kekal selamanya. Cinta itu, benarkah ia sampai ke penghujungnya.

Jom tengok sedas dua gambar ketika tayang perdana Gerimis Mengundang
 
 

Bukankah Olivia Lubis Jensen itu sangat cantik & Lawa!!! Oh My!!! Olivia sila jadi teman wanita ku. Opsss :P

Selamat menonton kisah cinta yang dah lama tiada pengakhiran sebegini.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.