Putrajaya Challenge Park Climb X

by 5/15/2012 10:18:00 PM 1 Pengkritik
Sukakan sukan extreme??? Suka memanjat tapi tak tahu kat mana tempat best nak memanjat selain balkoni depan rumah or pokok?? Mungkin bagi pemanjat tegar, Putrajaya Challenge Park Climb X boleh menjadi lokasi gayutan anda selain bergayut di telefon 24/jam.
Bagi mereka yang gemarkan sukan extreme yang dipanggil Wall Climbing, bolehla berpusu-pusu beramai-ramai ke Wall Climbing Centre yang terdapat di Putrajaya Challenge Park (PCP) Presint 5

Mungkin ada yang akan bertanya

Rate Harga??? Entrance Fee??? Lokasi???

Bak kata flyers yang teman kutip pas puas mendaki puncak kejayaan 3 kali untuk 1 hari buat pertama kali, "It Is The Cheapest Entry Fee In The World". Ok, tambah ayat It is je.

Public = RM6.00
Student = RM3.00

p/s - Teman still guna my old student kad kot.

Itu baru harga entrance fee je. macam mana dengan equipment² climbing??? Kena bawa sendiri ke??? Jom ikuti pengembaran teman 3 jam di centre ini mendaki puncak dinding 3 kali dalam menghilangkan rasa gayat yang terbuku dan terperap di hati ini untuk dimasak sehingga hangus.
Zone D, Top Roping Wall, yang akan teman ceritakan berdasarkan perjalanan pendakian yang memang tak boleh belah, baru 1st time climbing, belum sampai tengah lagi, teman dah berpeluh bagai nak rak.

Terdapat beberapa Zone yang disediakan antaranya Lead Expert, Bouldering, Fast Climbing a.k.a Speed Wall & juga tak lupa Zone D, Top Roping Wall yang biasanya untuk mereka yang beginner dan baru nak bertatih melatih diri supaya tak gayat seperti teman dan boleh melompat dengan gembiranya bila nak turun.

Biasanya, sebelum kita memanjat dinding yang penuh batu-batu ini, mestilah kena ada beberapa alatan yang perlu dipakai sebagai langkah perlindungan dan juga kalau nak guna. Antaranya
1. Climbing Shoes
Kenapa size 8!!! Kaki teman size 9!!!

Ok. Ni teman nak ceritakan pada anda semua. Untuk Climbing, jikalau kaki saiz Malaysia anda saiz 9, kasut Climbing akan tolak 1 saiz menjadikan saiz kasut climbing anda saiz 8. Reason??? Supaya nanti ketika anda melakukan aktiviti panjat-memanjat (Bukan panjat pagar sekolah a.k.a Fly), kaki anda dapat mencengkam dengan baik permukaan batu yang terskru di dinding. Sekiranya ianya longar, kemungkinan, kasut anda akan terbuka secara automatik dan menyebabkan ketidakselesaan ketika aktiviti Wall Climbing.
2. Chalk Bag
So apa gunanya chalk bag ni??? Macam bag tempat nak simpan haiwan peliharaan "Sugar Glider" je. Chalk a.k.a kapur (Untuk yang masih tak paham nak translate), digunakan di tangan climbers untuk menghalang peluh semasa mencengkam permukaan batu ketika sedang Climb. Chalk bag ni optional sahaja. Nak pakai atau tidak, terpulang pada climbers dan individu yang nak panjat dinding.
3. Harness
Harness dipakai seperti anda ingin memakai panties, spender or boxer tak pun brief. Senang bukan??? Tapi teman tak berapa nak pandai terangkan guna tulisan cara² nak pakai secara betulnya, so kenala anda semua buat amali sendiri ye. Harness Untuk Wall Climbing merupakan salah 1 aksesori penting sebelum memanjat agar tali mudah diikat di pinggang anda bagi membantu pendakian ke puncak.

Jadi beginilah rupanya bila anda sudah siap sedia untuk Wall Climbing
Oh ya, cara ikatan tali pada harness juga ada caranya. Jikalau tak silap teman apa yang diajar rakan teman yang mengajak bersama mencapai puncak Wall Climbing, Daniel, nama ikatan tersebut adalah ikatan bentuk 8.
Antara aksesori lain Wall Climbing adalah seperti Belay Device yang digunakan oleh Belay untuk support climbers dan juga Rope, especially untuk mereka yang sudah expert, memanjat hanya dengan mengelipkan tali pada dinding.
Harga sewaan semua aksesori Wall Climbing???

Rope = RM15.00
Harness = RM5.00
Climbing Shoes = RM7.00
Chalk Bag = RM3.00
Belay Device = RM4.00

Antara gelagat Climbers dan Belay yang ada ketika itu.
Geng Climbers from INTI
Daniel 1 of my bloggers friends
 
Daniel jadi Belay support
Belay support from Inti students.
 Jom tengok pula aksi teman 1st time mencuba setelah 1 tahun menyepi dari aksi Abseiling. Tapi dah kembali aktif sejak melakukannya di Awana Genting.
Aksi takut 1st time try kena lepaskan tangan untuk rest. Ini belum sampai tengah wall lagi
Akhirnya teman berjaya jugak sampai ke puncak walaupun lepastu takut nak turun.
Pose dulu sebelum turun
Ianya 1 pengalaman yang tak dapat dilupakan teman terutamanya berjaya mencapai puncak 3 kali untuk menghilangkan perasaan gayat yang selalu menghantui diri ini seperti yang berlaku di Awana Genting.

p/s - Akan pergi untuk beberapa kali Wall Climbing di PCP mencabar diri sendiri untuk capai ke puncak 4 kali atau lebih. Dan tak lupa juga belajar cara yang lebih baik daripada Daniel terutamanya dalam skill Climbing dan jadi Belay support.

Terasa nak cuba sendiri Wall Climbing??? Or ada tips² lain untuk dikongsi mengenai Wall Climbing??? Atau mungkin tempat² menarik selain PCP dan juga harga di tempat ini???

Sharing is Caring. Jom Wall Climbing!!!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

Daniel Chiam said...

Terima kasih sebab sudi datang :D

Next time we'll meet again xD

http://www.room8five.com/

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.