Menjadi Raja Sehari Part 1

by 5/21/2012 12:45:00 AM 2 Pengkritik
Apa korang ingat aku nak kahwin ke ngan title post gini??? Think again!!! You're Wrong babes & Dudes!!
Alkisahnya, pada tanggal 8 Mei 2012, Beta, ehh, silap, teman sebenarnya, telah melawat istana lama kerajaan teman di Jalan Istana bersama dengan sepupu teman dari Sarawak, Nabil. Maklumlah, dah pindah istana baru, mestilah teman nak merasa untuk kali terakhirnya berdiri, berjalan, berdansa (Ada gak kena tangkap nanti), dan beristirehat di atas takhta berwarna kuning ini. Iyelah, Istana baru dah dibina, takkan nak duduk di takuk lama berumahkan rumah agam yang suatu masa dahulunya dibeli oleh Kerajaan Malaysia untuk Yang Dipertuan Agong Ditabalkan.

Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, 1 pameran yang dinamakan "Pameran Raja Kita - Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV" telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia di Balairong Seri, Istana Negara Lama, Kuala Lumpur. Butiran lanjut???

Pameran Raja Kita

Lokasi : Balairong Seri, Istana Negara Lama, Jalan Istana, 50566 Kuala Lumpur
15 April - 15 Jun 2012
9 pagi - 5 petang
Masuk Percuma

Tahukah anda 

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke XIV pernah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima antara tahun 1970 hingga 1975???

Perlantikan pertama baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia kelima dibawah pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, dan melakar sejarah apabila dilantik kali ke-2 dibawah pemerintahan anak Perdana Menteri ketika itu dan kini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.

Jom tengok apa yang dapat dilihat di dalam isi Balairong Seri yang sempat teman tangkap, cuma bayar RM3 untuk tangkap gambar di dalamnye.

Takhta duduknya 2 pemerintah tertinggi Negara Malaysia
Hukum Kanun Melaka
Manuskrip asal Hukum Kanun Melaka
Info : Hukum Kanun Melaka, hukum islam pertama diperkenalkan Sultan Muhammad Shah

Undang-undang Laut Melaka
Muka depan
Manuskrip Undang-undang Laut Melaka
Info : Undang-undang Laut Melaka atau hukum dalam pelayaran ketika pemerintahan Sultan Mahmud

Mohor Besar Raja-Raja
Mohor besar raja-raja
Info : Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu

Pakaian Rasmi Raja Muda Kedah
 Info : Pakaian Rasmi Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim sewaktu ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah

Knight Grand Cross of the Order of the Bath (GCB) United Kingdom, 1972

Darjah Kerabat Brunei
Darjah Kerabat Brunei dan Grand Cross dari United Kingdom
 Koleksi Kamera
"Ensign Special" Reflex Camera
Bolex H16 Reflex Camera
Info : 2 koleksi kamera dikumpul baginda sejak usia muda. Baginda juga merupakan seorang penggemar bidang fotografi.

Koleksi Jam Tangan
Piaget Watch
Patek Philippe Geneve Watch
Dari kiri, 1. Longines watch, 2. Rolex Watch, 3. IWC Schaffhausen Watch & 4. Vacheron Constantin Geneve Watch
Info : Koleksi Jam Tangan milik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Since gambar teman menjadi raja sehari di Istana Lama agak banyak, maka nantikan post seterusnya untuk gambar serta peralatan yang sering diguna pakai ketika upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia serta watikah perlantikan Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

p/s - Jangan lepaskan peluang untuk pergi melawat Istana Lama di Jalan Istana kerana ianya hanya akan dibuka sehingga 15 Jun 2012 sahaja sebelum dikunci sepenuhnya.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

2 Pengkritik:

Wawa Tasliman said...

daulat tuanku.. :P

putra87­™ said...

Beta sungguh terharu. Terima kasih beta ucapkan :P

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.