Lazada

#Pecah Review

by 3/17/2012 12:23:00 AM 0 Pengkritik
Novel : #Pecah 
Genre : Aksi/Thriller/Misteri/Penyiasatan/Fiksyen 
Karangan : Khairulnizam Bakeri 
Harga Novel : RM20 
Keluaran : Buku Fixi 
Rating : 5/5
Apa yang anda dapat bila digabungkan Ocean 11,12,13 dan juga CSI dalam 1 novel???

#Pecah jawapannya!!!

Sebuah karya kontemporari, lain daripada yang lain dan cukup tidak disangka akan menjadi kejutan dari setiap helaian ke setiap helaian. 1 watak, dengan kaitan yang terjalin antara 1 sama lain. Rompakan dibalas rompakan dengan motif dendam. Dengan bermesejkan "Buat Jahat Penjara Makannya".

Kepada pelajar² yang masih belum lagi menggunakan voucher RM100 & RM200 mereka, pegila ke kedai buku berdekatan anda seperti Popular, Kinokuniya, MPH & lain² untuk mendapatkannya dan melihat kejutan demi kejutan dalam novel sulung pengarang ini.

Jom baca review teman mengenai novel yang sangat membuatkan teman terpikat ngan jalan ceritanya walaupun amik masa 2 bulan untuk habiskannya.
Segalanya bermula dengan 1 perancangan rompakan bank oleh sekumpulan perompak berpakaian Purdah di Bangunan UMNO Selangor

Herman, seorang peguam. Alan, seorang suspek yang sudah entah brapa kali dimasukkan dalam lokap, dikehendaki polis & telah dituduh kerana bersubahat dalam 1 rompakan, Radi seorang tauke kedai dan juga rakan Alan serta Don, seorang kaki IT yang pernah kantoi di ruangan parking dengan Herman.

Rompakan yang sepatutnya berjalan dengan lancar, tetapi bertukar menjadi 1 kawasan penyiasatan akibat tembakan oleh Kazim, si pengurus bank yang terkena peha Alan.

Dari rompakan di bank, perjalanan cerita berubah ke Hospital. 1 yang tak mungkin disangka akan berlaku di hospital ini. Alan ditahan polis untuk siasatan tetapi masih dibiarkan untuk berada di dalam hospital. Siasatan demi siasatan dilakukan, Sekatan demi sekatan dilakukan di depan pintu masuk. Namun bukti cuma ada pada pendarahan di peha Alan.

Kisah beralih kepada Bakar di Rumah Seri Memori. Seorang warga emas yang ditinggalkan anaknya, Kazim & Kahar kerana sejarah masa lampaunya. Dijaga oleh Lidya, pembantu kepada Dr. Vivian. Kisah Bakar & bagaimana dia boleh jatuh koma dipaparkan 1 per 1 melalui jalan cerita yang baik.

1 demi 1 bahan bukti semasa rompakan dirancang dengan baik untuk mengaburi mata pihak polis daripada. Teksi, duit, orang dalam, semuanya dirancang dengan baik. Namun pihak polis yang diketuai Paul masih gagal untuk mencari bukti bagi menahan Alan yang sedang ditahan di wad hospital.

Kisah bukan sahaja menuju kepada rompakan, penyiasatan polis dan juga kisah silam Bakar, tetapi tertumpu juga kepada perubahan cuaca dalam rumah tangga Herman dengan Anida yang disyaki curang di belakang Herman. 1 demi 1 jalan terhurai dihadapan Herman. Gambar Anida berpegangan tangan dengan lelaki lain di sebuah restoran, telefon bimbit rahsia yang disimpan dalam kotak yang ditemui secara tidak sengaja, serta bantuan daripada Alan sebagai anak guam kerana Herman telah membantunya dalam membersihkan kes Alan disyaki bersubahat.

Sebuah karya kontemporari yang turut juga diselit adegan 21 tahun ke atas di atas ranjang antara Bakar & 2 isterinya, Kiah & Nora. Herman & Anida, Anida & Kazim, Paul & Gwen, serta Bakar & Sarah. Adegan yang membuatkan jalan cerita ini menarik kerana setiap adegan ada cerita disebaliknya yang membawa kepada pergaduhan, penceraian, rogol, serta lahirnya seorang gadis bernama Lidya.

RM230 170 menjadi angka taruhan dalam rompakan. Angka yang membuatkan jalan cerita ini 1 kejutan yang tidak disangka mempunyai kisah disebaliknya antara Herman & Kazim. Perancangan teliti Herman dalam memerangkap Kazim. Perancangan teliti Herman, Radi & Don membuatkan Alan terlepas dari direman & ditahan polis. Perancangan teliti Gengn Abaya ini (Herman, Radi, Don & Alan) mengaburi siasatan polis dengan terjumpanya sedikit demi sedikit longgokan duit yang dirompak. 

Di kawasan terbaringnya Bakar dalam koma, di stor simpanan barang, & juga di bilik mayat. 1 asrama terbiar menjadi saksi tersimpannya sejumlah wang yang bakal memerangkap seorang demi dendam yang tersimpan.

Penyamaran demi penyamaran, dari seorang penjual karpet, kepada seorang pekerja baru di hospital kepada seorang penghapus serangga pengotor di apartment kediaman. Semuanya dirancang dengan baik.

Kisah Bakar juga diselitkan 1 demi 1 mengaitkan hubungan antara Kazim, Lidya, Nora, Zhu En, Sarah & Stephen. Dari Bright Night, ke Pulau Pinang, kisah perselingkuhan, pertengkaran, pertukaran hak penjagaan dalam kehidupan Bakar diolah dengan baik.

Pengakhiran cerita yang membawa kepada penemuan rantai yang mengimbau kembali kejadian di dalam kereta, di luar kereta di kawasan hadapan Bright Night yang bakal menceritakan apa yang sebenarnya ada dalam peti simpanan yang dirompak di bank.

Nak tau lebih lanjut tentang cerita dalam novel #Pecah???

Dapatkannya di kedai buku berhampiran atau di roadshow/event oleh Buku Fixi

p/s - Dengar cerita akan keluar filem yang diadaptasi daripada novel #Pecah. Adakah adegan² 21 tahun ke atas ni akan diselit dalam filem itu??? Sama² lah kita tunggu ianya ditayangkan di pawagam berhampiran. Insyaallah.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.