Lazada

Jidin Sengal Review

by 3/25/2012 10:00:00 PM 0 Pengkritik
 Movie : Jidin Sengal
Genre : Komedi
Pengarah : Nur Esmi Zahara bt. Yusof 
Pelakon : Along Cham, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai 
Rating : 2.5/5 

Sinopsis 

Jidin Sengal adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, 2 sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal 1 hari nanti. Jidin yang sengal tetapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kegemaran ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tetapi berjiwa pelakon utama.

Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, 1 hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (Glamor Ke???) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian.

Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit "CUT". Dengan bantuan rakan mereka, Jay-Z Playar, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

Nak tau kenapa panggung wayang sikit untuk filem ni???
Cerita dimulakan di sebuah sekolah. Kisah antara 2 kanak², Jidin & Piah.

Mereka berdua mempunyai 1 minat yang sama, iaitu bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon sampaikan sanggup abis sekolah p lari tengok orang wat shooting kat kawasan kampung mereka.

10 Tahun berlalu (Ye ke??). Piah berpindah ke KL bersama keluarga. Tinggallah Jidin di kampung dan demi memberontak dengan keluarganya, Jidin sanggup membakar reban ayam milik ibunya. Dan cerita beralih kepada Bob Dobot. Seorang pelakon extra yang masih lagi mencari peluang untuk berlakon dengan dialog.

Jidin secara kebetulan, bertemu Bob di sebuah restoran tempat dia bekerja dan daripada itu, bermulalah perkenalan mereka berdua. Tinggal serumah, Bob tukang cuci baju, Jidin tukang masak. Dengan bantuan Bob, Jidin akhirnya dapat peluang untuk berlakon ekstra. Tapi malangnya, ketika sedang shooting terkejut tengok hantu, Jidin terdiam seribu bahasa & terlupa liriknya.

Tetapi, tanpa diduga, Jidin seperti telah bertemu dengan si buah hati yang dah lama meninggalkannya. Tetapi, malangnya, salah orang. Coz director tu walaupun panggilan dia Piah, tapi bukan orangnnya. Tetapi akhirnya, Jidin bertemu juga dengan buah hatinya, Piah yang juga merupakan pelakon ekstra tetapi agak gatal n miang skit.

Bla² Bla² Bla²

Tukang interview yang amik Jidin ekstra time Jidin terlupa skrip, bergadoh ngan Iskandar. Sampai hantar geng pi pukul. Piah pula beralih menggatal ngan geng gengster yang pukul Iskandar. Iskandar pula menggatal pi hantar message kat Ella Sunti nak ajak jumpa. Tapi kantoi coz yang keluar is suami Ella Sunti yang dia telah menikah secara senyap² sebulan yang lalu.

1 demi 1 kantoi. Ella Sunti story masuk berita kepoh sana sini. Sampai presiden penyokong kelabnya, Lady Gagah pun sokong.

Akhirnya, Jidin jatuh cinta ngan Piah, Bob Dobot jadi stuntman untuk produksi di Taiwan, Jay-Z Playar jadi penanyi dikir di Kelantan.

Tapi cite ni agak tergantung coz tak tau apa yang jadi last kat Ella Sunti, Iskandar N buah hati lama Jidin. Lawaknye, bolehla, takleh nak wat aku gelak terbahak-bahak macam orang len dalam wayang tu.

My advice, tunggu jela cite ni kuar untuk korang donlod. Tak menarik pun untuk ditonton bersama keluarga or rakan². Baik korang tengok cite lain. Bukan tak nak menyokong filem tempatan, tapi kalau kualiti filem macam ni, macam mana kita nak sokong. Sekiannn.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.