Lazada

Dewan Perundingan Pelajar USM

by 3/31/2011 09:35:00 AM 2 Pengkritik
Salah seorang pihak pemerhati dalam DPP
Assalammualaikum, selamat malam, selamat petang.. dan segala selamat yang ada dalam dunia ini... Siapakah gerangan gadis di dalam pic di atas??? Abaikan untuk sementara siapakah si dia... Coz saya pun tertanya-tanya.. Siapa Dia??? And i will reveal who she is, but not her name.. coz i also didn't get her name... Back to the topic.. Dewan Perundingan Pelajar... What is it??? Derrrr.. Have u ever heard of dewan rakyat or dewan parlimen???

Ok.. Mai dekat ceq nak bitau hangpa semua laa... Universiti Sains Malaysia, merupakan perintis kepada terlaksananya dewan perundingan pelajar di institusi pendidikan tinggi Malaysia... Dilaksanakan bermula sidang yang lepas, iaitu sidang 2009/2010, yang ketika itu diterajui oleh YDP MPP Saudara Syafiq yang juga merupakan junior fasilitator KMJ ceq... 

Sooo.. Nak disingkatkan cerita laaa... Pada 26 Mac 2011, berlangsungnya live streaming yang ketika itu boleh disaksikan melalui laman web streaming USM, iaitu persidangan pelajar yang membahaskan usul-usul yang berkaitan dengan pelajar dan juga universiti... Oh yaaa... ceq hanya sempat tengok sesi pagi jaa.. Coz petang tu ceq dah siap-siap nak pi dinner silat cekak pulak...

Apa isu yang dibincangkan pada sesi pagi itu??? Dan yaaa.. Antara isu-isu tersebut, mungkin ada yang menyinggung perasaan anda, sooo... Luahkan sahaja... Dan mungkin ada antara isu ini yang mungkin membuatkan anda tertanya dan tergelak serta tertawa terguling-guling kerana menyangkakan... "Tak sangka budak universiti leh nekkan usul macam ini..."

This is not about political... But this is about awareness... 


Sebelum kita ke usul yang dibincangkan pada sesi pagi, perbahasan yang dilakukan dan usul-usul yang dibincangkan... Beberapa usul yang sangat menarik perhatian penonton live streaming DPP yang telah dibangkitkan oleh wakil dari pusat pengajian sains kesihatan... Siapa dia??? Tengok pic di bawah...


Hahahaha.. tak perlu tanya eden kenai ka tak gerangan hamba Allah ini... Den cume tersentak ngan beberapa isu yang diutarakannya... Antaranya : - 
  • Tidak mewajibkan kursus Bahasa Melayu diajar untuk salah 1 subjek wajib universiti.
  • Isu pelajar berkahwin.
Dan den memuji orang yang membahaskan kembali isu yang diutarakan oleh wakil sains kesihatan ini... Dan paling dipuji oleh eden ialah, gerangan si gadis bertudung coklat cair tahi yang membahaskan sehingga membuatkan diri eden ini teruja terdiam seribu bahasa (tentulah... dah tengok jer... mestilah diam), yang terus membuatkan eden menulis status di facebook...

Gerangan gadis sains politik... Memang berbahas sangat mantap laaa...
Apa yang ingin ceq ketengahkan dalam post ini adalah usul yang dinaikkan dalam dewan perundingan ini... FYI tuan-tuan dan puan-puan sekalian... Berdasarkan usul yang pertama, iaitu tidak mewajibkan kursus Bahasa Malaysia yang sekarang ini menjadi salah satu kursus wajib universiti... Apa yang pihak wakil kesihatan cuba lakukan yang membuatkan perbahasan ini menjadi menarik ngan beberapa perbahasan daripada wakil-wakil lain ialah dengan menggantikan kursus bahasa malaysia kepada bahasa lain untuk dipelajari...

Apa!!! Bahasa Malaysia ingin tidak diwajibkan sebaliknya menggantikan ngan kursus bahasa lain seperti mandarin dan juga tamil sebagai bahasa wajib untuk dipelajari!!! Adakah anda berfikiran dengan waras menaikkan usul ini wahai wakil sains kesihatan?? Atau anda pun tak berapa sihat sampai kena masuk sains kesihatan???

Nasibla bangkit beberapa wakil lain membahaskan seperti mengatakan, sedangkan ada Melayu sendiri yang fail bahasa melayu, inikan pula nak mewajibkan kursus bahasa lain untuk diajar... Dan ada juga yang membahaskan membantah usul wakil sains kesihatan ngan mengatakan, bahasa malaysia merupakan bahasa kebangsaan, sedangkan rakyat Jepun sendiri bangga dengan bahasa kebangsaan mereka, kenapa kita tidak lakukan sebegitu???

Dan yang paling menarik sekali, adalah segalanya yang dibahaskan kembali oleh pihak pemerhati cik bertudung coklat tahi yang sangat membuatkan saya teruja... (p/s - nak kenal boleh??? hahhahaha)... Dan alhamdulillah syukur, usul ini ditolak walaupun pihak wakil kesihatan yang menaikkan usul ini seringkali berdegil cuba menerangkan apa yang ingin diperkatakannya...

Sebenarnya... Isu ni je yang nak diperkatakan... Iyalah... Bahasa melayu, bahasa malaysia merupakan bahasa kebangsaan kita.. Kalau kita tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, mungkin suatu hari nanti, identiti negara kita serta anak cucu kita akan hilang dan sebaliknya dijajah dengan penggunaan bahasa lain...

p/s - sangat marah ketika itu bila mendengarkan usul ini...

Banyak lagi usul yang dinaikkan... tapi lebih berkaitan kepada universiti, pelajar dan MPP dan tak perlu kot type.. hahaha... Bahasa Jiwa Bangsa... Martabatkan penggunaan bahasa melayu dan bahasa malaysia dalam penggunaan pertuturan seharian...

Sekian melaporkan - Budak cute yang nak aja sembur wakil kesihatan ni ngan usul yang xfikir dahulu... Haihhh...

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

2 Pengkritik:

cafiena said...

Saya tak tengok live atau rakaman ni. Saya nak tahu, Apa relevan untuk tidak mewajibkan Bahasa Malaysia? yang dinyatakan oleh si tukang cadang?

putra87­™ said...

oh ya.. lupe nk tmbh.. dia ckp... kita kn 1 malaysia.. nak rapatkn hbgn antra kaum.. so perlu utk blaja bhasa kaum2 lain contohnya...

kaum india bljar bahasa mandarin dan sebaliknya untuk kaum² lain pula..

kata wakil tu lg r... sebelum masuk universiti lagi pelajar sudah didedahkan dan menguasai bahasa melayu... so wajarlah (Kata wakil itu) untuk tidak mewajibkan kursus bahasa melayu di universiti

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.