Mengisahkan cinta antara Joe (Yusri KRU) dan Flora (Revalina S.Temat). Joe, seorang lelaki bersifat playboy, tampan dan juga kaya kerana memiliki perusahaan milik persendirian. Namun kali ini Joe harus tunduk pada seorang wanita yang cukup cantik, yang tak pernah ia temui dengan teman-teman wanita lain sebelumnya, namanya Flora, bahkan Joe rela menjadi pesakit di hospital tempat Flora dirawat.Awalnya Flora tak memberikan sebarang respon, kerana ia tahu bahwa Joe seorang palyboy, tapi kerana kegigihan Joe untuk mendapatkan Flora, secara perlahan hatinya luluh juga, tapi dengan syarat Joe harus memutuskan semua teman wanitanya dan meminta maaf pada mereka. Joe akhirnya sanggup melakukannya walaupun banyak maki hamun yang diterima dalam proses itu. Kebahagiaan Joe dan Flora tak bertahan lama, mereka diuji dengan penyakit yang selama ini diderita oleh Flora dan akhirnya flora jatuh pengsan akibat ginjalnya yang rosak. Joe mengambil keputusan untuk mendermakan buah ginjalnya walaupun pada zahirnya, Joe juga mempunyai penyakit ketumbuhan di otaknya.
My review - A nice story dimana seorang lelaki yang playboy, sanggup berubah hanya kerana cintanya kepada seorang perempuan. Jalan cerita di awalnya agak memboringkan, tetapi klimaks cerita ini membuatkan ia makin menyeronokkan untuk ditonton. Surat yang ditulis oleh Joe kepada Flora pada pengakhiran cerita ini membuatkan ianya lebih dramatis kerana kesanggupan seorang lelaki dalam melakukan apa sahaja demi cinta & orang yang disayanginya.
0 Pengkritik:
Post a Comment