Cara - cara solat sunat

by 12/12/2008 07:20:00 PM 0 Pengkritik
Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat ini dilaksanakan apabila kita berhajat atau mengingini sesuatu perkara,permintaan atau hajat agar terlaksana.


Rukunnya tetap seperti solat-solat lain. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bilangan rakaatnya ialah sekurang-kurangnya 2 dan ada juga pendapat yang menyebut bilangan rakaatnya sehingga 12 rakaat sepertimana ya di sebut di dalam kitab Dzaakirin karangan Imam Al Ghazali, bahwa Rasulullah s.a.w. menerangkan :


"Engkau solatlah dua belas rakaat siang atau malam, dan setiap dua rakaat bacalah Tasyahud (Tahiyat dengan dua kalimah syahadat). Ketika engkau duduk yang terakhir dalam solat itu panjatkanlah puja puji kepada Allah Ta'ala, lalau salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kemudian bacalah takbir lalu sujud. Di dalam sujud itu bacalah olehmu: Surah Al Fatihah 7 kali, Ayat Al Kursi 7 kali, Surah Al Ikhlas 7 kali, dan lanjutkanlah dengan tahlil 10 kali".


Cara-cara untuk mengerjakan solat ini ialah seperti berikut:-


Berniat dengan lafaz niatnya:


"Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "

Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


-Rakaat pertama membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafirun


-Rakaat keduamembaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas


-Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam,



+ Bersujudlah dan bertakbir,


+ Kemudian membaca surah Al-Faatihah sebanyak 7 kali,


+ Diikuti dengan ayat kursi sebanyak 7 kali,


+ Dan diikuti juga dengan laailahaillallahu wahdahu la syarika lahu,lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai in qadir ertinya:


"Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri-Nya saja, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah kekuasaan dan miliknya segala puji. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya"sebanyak 10 kali



+ Diikuti dengan Allahumma inni as aluka bima'aqidil 'awwi min 'arsyika wa muntahar rahmati min kitaabika wabismikalla'zhima wawajhikal 'a'la wakalimaatikat tammati an naqdhiya haajatiertinya:


" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "



+ Dan diiakhiri dengan meminta apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.yang terakhir


Akhirinya dengan terus memberi salam.




Solat Sunat Istikharah.

Istikharah ertinya meminta orang lain memilih sesuatu yang terbaik untuk seseorang. Jadi solat ini adalah solat yang khusus bagi orang yang mengalami masalah berkaitan kekeliruan, terlalu takut pada risiko, tidak tahu hendak memilih, dan kurang jelas tentang baik buruk sesuatu perkara, sering gelisah dan resah,dan sebagainya. Sekiranya kita tergolong di dalam golongan yang telah disebutkan tadi, maka bermohonlah kepada Allah swt supaya Allah menolong kita dalam menangani masalah tersebut.

Manusia akan keliru apabila terpaksa berhadapan dengan pilihan yang pelbagai, sedangkan dia terpaksa memilih hanya salah satu daripadanya sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam firmanNya:

Ertinya: Manusia itu diciptakan mempunyai perasaan gelisah dan keliru dan tidak sabar.Apabila ditimpa kesusahan dia keluh kesah,apabila dianugerahkan kebaikan dia menjadi sombong,kecuali orang yang solat dan tetap melakukan solat.

Sepertimana yang disebut di dalam ayat di atas, dapatlah difahami bahawasanya Allah swt telah memberi petunjuk dalam menghilangkan kegelisahan dengan cara solat berterusan, sama ada solat fardu ataupun solat sunat.

Maka solat itikharah ini adalah solat khusus yang disyariatkan untuk membantu manusia dalam menyelesaikan sebarang masalah. Apabila kita perlu memilih,kita mestilah memantapkan pilihan kita dengan meminta bantuan dan petunjuk dari Allah swt seperti mana yang sering kita ucapkan pada setiap hari di dalam solat kita :

”hanya kepadaMu aku menyembah,hanya kepadaMu aku meminta pertolongan” (al-Fatihah:5).

Seseorang yang menghadapi sesuatu masalah yang bersifat mudah, tetapi dia merasa masih ragu-ragu untuk memilih yang sebaiknya, maka di sunatkan mengerjakan solat sunat ini. Solat ini boleh dilakukan di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang.

Cara mengerjakan solat sunat ini pula adalah seperti berikut:-berniat dengan lafaz niatnya:

"usalli sunnatal istikharati rak'ataini lillahita'ala"
Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bacaan surah-surah selepas al-faatihah boleh dipilih seadanya

Bacaan Selepas Solat : -



putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.